Nuffnang

VIDEO : PDRM!!! Video Terbaru Teresa Kok Ni Bukan Hasutan?



KERANA KEBAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA, TERESA KOK SEKALI LAGI MEMBUAT HASUTAN DAN FITNAH MENERUSI KLIP VIDEO TAHUN BARU CINANYA TERBARU!!!

Dengan menampilkan Cynthia Gabriel, Hew Kuan Yau, Nurul Izzah, Khalid Samad dan A. Samad Said serta LO-SI-MA atau Kilat Xia, Teresa Kok sekali lagi menjadikan Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak serta apa-apa sahaja yang berkaitan dengan 1Malaysia sebagai bahan jenaka dan sindiran untuk memberikan persepsi bahawa ORANG MELAYU BODOH, ORANG MELAYU BANGANG dan ORANG MELAYU KUAT BERANGAN-ANGAN dengan semuanya hendak jadi nombor satu - 1Malaysia, Kedai Rakyat Satu Malaysia, 1MDB - sedangkan semuanya gagal!

Dengan TAG 'DUIT TAK ADA', Teresa Kok menerusi penyiaran klip video yang dilancarkannya cuba menggambarkan bahawa rakyat Malaysia semakin miskin walaupun Tahun Baru Cina sudah hampir dengan tahun ini adalah Tahun Kambing yang membawa maksud kemakmuran.

Namun yang paling menarik ialah tentang kesengajaan fitnah yang dibuat oleh Teresa Kok dan kawan-kawannya menerusi isu CINCIN BERLIAN, main golf, jet peribadi dan membeli belah secara mewah di seluruh dunia.

Walaupun secara jelas, klip video tersebut ditujukan kepada Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak, kali ni, Teresa Kok yang masih berhadapan dengan kes HASUTAN menerusi klip video Tahun Baru Cina tahun lepas, tidak lagi berani menggunakan nama Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak kecuali nama LO-JI-MA dan AH JIT.

Aneh juga, kenapa agaknya Teresa Kok tidak memasukkan sekali elemen kekayaan para pemimpin DAP yang menggondolkan bukit bukau di Kelantan sehingga menyebabkan banjir lumpur. Dengan keuntungan pembalakan bernilai ratusan juta ringgit tetapi hanya RM10,000 yang disumbangkan, manakala rakyat Pulau Pinang dengan dana daripada Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada NGO pro-DAP Kelantan dan sekolah-sekolah Cina serta Husam Musa, kononnya itu duit DAP.

Tidak juga Teresa Kok mahu memasukkan elemen kenaikan cukai pintu, cukai tanah, surcaj air dan pembaziran pentadbiran Lim Guan Eng yang berjumlah berbilion-bilion Ringgit walaupun dengan berani menyatakan, 1MDB rugi RM40 bilion.

Apa yang ditakuti tentang penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dahulu, kini telah menjadi kenyataan. Akta Hasutan dan tindakan undang-undang ke atas orang seperti Teresa Kok, nampaknya tidak dapat dilakukan berbanding ke atas pemimpin-pemimpin dan marhein-marhein Melayu-Bumiputera.

Buktinya, kes Teresa Kok dari tahun lepas, masih belum selesai-selesai!!!

- SUMBER


Share this article

1 Komen:

  1. Saya sokong Teresa kok diambil tindakan.PDRM jangan pandang bulu..Salam satu malaysia,saya merupakan pelajar di sekolah memandu MSDC melaka.Saya mengambil lesen jenis PSV (teksi),hajat di hati untuk mencari duit lebih untuk tampung perbelanjaan anak2 ke sekolah.Bermula pada bulan May 2014 saya telah menduduki ujian bertulis dan amali,dan setelah itu saya menjalani ujian jalanraya.Namun saya gagal sebanyak 2 kali dalam ujian jalanraya.Sepatutnya saya dipanggil oleh pihak MSDC untuk menjalani test untuk kali ketiga pada bulan Jun 2014, tetapi pihak MSDC tidak berbuat demikian,hinggalah sekarang walaupun sudah masuk tahun baru tetapi tidak ada satupun panggilan telefon dari tenaga pengajar mahupun kerani dari MSDC memaklumkan kepada saya tarikh test seterusnya, walaupun saya telah menelefon dan sms tetapi jawapan yang diberi ialah "kami belum dapat tarikh test dari JPJ".Saya telah membuat bayaran penuh sebanyak RM600,tetapi sikap lepas tangan kakitangan MSDC amat mengecawakan.Cuba kita fikirkan, orang yang nak bawa teksi ni di kalangan orang senang kah...Saya mengajak rakan2 dan kenalan,sekiranya ingin mengambil sebarang lesen memandu untuk anak atau diri sendiri..jadikan MSDC MELAKA PILIHAN TERAKHIR.Banyak lagi sekolah2 memandu yang lebih bertanggungjawab dan mampu menjalankan service dengan baik di melaka.Seorang rakan yang telah mendapat PSV berkata..."Aku buat PSV kat kerubong cuma habis RM400".

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top