Nuffnang

BATU API!!! Ketua Editor Malaysiakini Dipanggil PDRM!!!




"Saya ingin memanggil ketua editor Malaysiakini (untuk disoal siasat). Ini (artikel) satu perbuatan yang cuba melaga-lagakan PDRM dan menteri".


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyelar tindakan Malaysiakini yang cuba melaga-lagakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Malaysiakini semalam bahawa beberapa pegawai polis mengejek tindakan Zahid menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berkaitan 'raja judi' Paul Phua Wei Seng.

"Ini tak boleh dibiarkan. Kalau (perkara) ini terus dimainkan oleh Malaysiakini, dia sengaja mengundang masalah. Jadi, janganlah nak melaga-lagakan PDRM dengan menteri atau dengan sesiapa juga.

"Nak lapor perkara fakta, laporlah. Kalau ada pegawai polis (yang tak setuju) beritahu saya siapa mereka. Siapa mereka yang cakap mengenai perkara ini?

"Saya minta berhati-hati dalam melaporkan perkara seperti ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Portal Malaysiakini semalam melaporkan terdapat beberapa pegawai polis secara terbuka mengkritik Zahid yang menulis surat sokongan untuk Phua kepada FBI walaupun dia dikaitkan dengan sindiket judi haram.

Phua kini sedang menghadapi perbicaraan di Amerika Syarikat atas tuduhan terlibat dengan operasi judi haram besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Las Vegas, AS pada Julai lepas.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top