Nuffnang

U-TURN : Dulu Tak Boleh, Sekarang PAS Kata Boleh Pula!!



Kah..Kah...Kah.... PAS nampaknya semakin pening dengan dasar parti mereka sendiri. Dulu tidak terima perempuan sebagai ketua, sekarang dah boleh pula? Haru dah PAS ni..... Kah..kah... kah....

Penolakan PAS terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, apa yang penting sekarang Dr Wan Azizah harus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan meliwat.

"Isu pelantikan MB sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

“Jadi kalau PKR mahu mencadangkan Wan Azizah menjadi ketua pembangkang, dia perlu menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu," kata Mustafa merujuk kepada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.

Mustafa berkata, kriteria untuk memilih ketua pembangkang tidak semestinya daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

"Sebelum ini juga DAP mempunyai kerusi terbanyak namun PR memilih Anwar daripada PKR sebagai ketua pembangkang,” katanya.

DAP pada ketika ini mempunyai 37 kerusi di Dewan Rakyat, PKR 28 dan PAS 21.

Menurut Mustafa, keputusan akhir tentang siapa bakal dipilih sebagai ketua pembangkang akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR yang masih belum ditetapkan tarikhnya.

Mesyuarat PR sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 Februari lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gabungan itu sepatutnya memutuskan siapakah yang bakal menggantikan Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk memenjarakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti Anwar termasuk Dr Wan Azizah, Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali dan anak kedua ketua umum PKR itu Nurul Nuha.

Pada 22 Februari Ulama PAS mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang kerana beliau adalah tokoh berpengalaman dalam PR.

Selain itu, terdapat juga pihak yang mencadangkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa untuk menjadi ketua pembangkang walaupun Adun Salor itu bukanlah anggota Parlimen. – 24 Februari, 2015.

- SUMBER


DALIL BERIKUT INI MENEGASKAN KEPIMPINAN DARI KALANGAN LELAKI, ATAU MELARANG PERLANTIKAN WANITA SEBAGAI PEMIMPIN SECARA MUHKAMAT.


Abu Bakrah r.a. berkata, tatkala ada berita sampai kepada Nabi SAW bahawa bangsa Parsi melantik puteri Kisro (gelaran raja Parsi dahulu) menjadi raja, baginda lantas bersabda,


“Suatu kaum itu tidak akan berjaya apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425, juga Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)

“Sebaik-baik saf untuk laki-laki adalah paling depan sedangkan paling buruknya adalah yang paling belakang, dan sebaik-baik saf untuk wanita adalah paling belakang sedangkan paling buruknya adalah yang paling depan.” (HR. Muslim no. 440)


Berikut ini kami senaraikan dalil naqli dari alquran yang jelas menampakkan lelaki sebagai susuk pemimpin yang telah ditetapkan.


QS:4. An Nisaa’ 34. “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain…”

QS:4. An Nisaa’ 11. “Allah mensyari’atkan bagimu tentang anak-anakmu iaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; ..”
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top