Nuffnang

MAHFUZ MALU KAW2!!! Peguam Sirul Dedah Temberang!!!



“Entah dengan siapa Mahfuz bercakap, saya pun tidak tahu. Mungkin Sirul, mungkin bukan. Saya tidak tahu nombor apa yang digunakan Mahfuz untuk menghubunginya,” ujar peguam yang mewakili Sirul, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi. 

Telepersidangan antara Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dan juga seorang tahanan Jabatan Imigresen Australia, Sirul Azhar Umar menimbulkan banyak tanda tanya mengenai status identiti panggilan, termasuk oleh peguamnya sendiri. 

Menurut Hasnal Rezua, Mahfuz telah bertindak sendiri dalam usaha menghubungi Sirul dan itu dilakukan di luar pengetahuannya mahupun seorang lagi peguam yang mewakili bekas komando itu, Khairul Hisham Kamaruddin. “Dia (Mahfuz) tidak merujuk atau bertanya kepada kami tentang hal itu,” jelasnya. 

Ditanyakan mengenai suasana di tempat Sirul ditahan, Hasnal memberitahu bahawa kawasan tersebut mempunyai kawalan keselamatan yang tinggi. 

“Sirul ditempatkan di sebuah bilik. Namun, jangan dibayangkan seperti penjara kerana ia adalah pusat tahanan. Sirul bebas bergerak di beberapa ruangan lain di dalam kawasan pusat tersebut. 

“Saya difahamkan, selain dibenarkan membuat panggilan telefon, dia juga memiliki akses kepada internet,” ujar Hasnal. Dalam perkembangan berkaitan, Hasnal mengetahui tentang usaha Mahfuz untuk membawa ibu Sirul melawat anak guamnya itu di Sydney.

Mahfuz pada Isnin lalu di Pejabat Agung PAS di sini memberitahu, pada Jumaat ini beliau akan mengumumkan tarikh untuk membuat lawatan ke Sydney bagi menemui Sirul. Nama misi tersebut akan dinamakan Mahfuz pada hari itu. 

Mengulas mengenai perkara tersebut, Hasnal berkata bahawa peluang lawatan tidak semudah yang disangkakan. 

"Mana-mana pihak yang hendak berjumpa tahanan perlu membuat permohonan rasmi dengan pihak berkuasa. Namun begitu, walaupun pihak berkuasa sudah memberi kebenaran kepada pihak yang melawat, Sirul pula mempunyai hak sama ada untuk berjumpa pelawat tersebut atau tidak,” jelas Hasnal - Astro Awani


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top