Nuffnang

VIRALLL... Video Pemilik Alza Hayun Parang Ke Pemandu Lori!!!



Huiyoo.... bukan main ganas sekarang ni. Tak main la stereng lock, sekarang dah guna parang beb.


Gara-gara berlaku perselisihan faham dengan seorang pemandu lori, seorang lelaki bertindak ganas dengan menggunakan parang untuk menyelesaikan masalah di Desa Murni menuju ke lebuh raya Sungai Dua.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selesa yang lalu, pemandu kereta Perodua Alza, bernombor pendaftaran WUA3869, dipercayai tidak berpuas hati dengan pemandu lori (si perakam video).

Lelaki itu berhenti di tepi jalan dan kemudian mengarahkan pemandu lori berkenaan berhenti dan keluar. Namun pemandu berkenaan enggan menuruti kehendaknya yang menyebabkan lelaki terbabit membaling batu ke arah tingkap lori terbabit.

Berang dengan tindakan lelaki terbabit, pemandu lori itu keluar dan memaki hamun lelaki itu dengan kata-kata kesat.

Lelaki terbabit kemudian masuk ke dalam keretanya dan menunjukkan parang di tangan sebelum beredar pergi.

Pemandu lori dan rakannya sempat merakam kejadian berkenaan.

Sehingga kini, masih tidak dapat dikenal pasti motif sebenar kejadian yang berlaku di antara kedua-dua pihak. Tambahan pula, video yang tersebar ini tidak menunjukkan keseluruhan kejadian yang sebenar.

Bagaimanapun, menurut netizen, berkemungkinan pemandu Alza marah akibat dilanggar dari belakang menyebabkan bahagian belakang keretanya kemek sedikit. (rujuk video)

Sumber

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top