Nuffnang

KURANG AJAR!!!! SURAU MANGSA VANDALISME DI SEREMBAN



BEKAS Pengerusi Surau A Ghani Ismail menunjukkan keadaan surau yang dicemari dengan contengan semburan cat...


Polis menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 32 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan vandalisme terhadap surau di Taman Seremban Jaya dan Pejabat UMNO Bahagian Rembau, Jalan Seremban, Tampin, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Muhamad Zaki Harun berkata, keempat-empat suspek ditahan di sekitar bandar ini, di sini, semalam bagi membantu siasatan terhadap merosakkan harta awam dan tempat ibadah.

Katanya, pihaknya buat masa ini masih mengesan beberapa individu lain yang terbabit dalam kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu merosakkan tempat ibadah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat.

Sumber memberitahu, selain surau dan bangunan UMNO, sebuah masjid di Taman Seremban Jaya turut menjadi sasaran vandalisme apabila tertera logi Nazi dan perkataan 'Samsung', 'Mohant' dan '18'. 

- Harian Metro
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top