Nuffnang

NASIB CINA DI BRUNEI - UNTUNGNYA CINA DI MALAYSIA!!!




Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf pemastautin tetap (PR)

Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang paspot Brunei).


Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada tahun 2008.

Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.

Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. – laporan tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom House

Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).

Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and Lain-lain (12%).

Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara automatik.

Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami budaya dan bahasa Melayu.


Jus sanguinis

Kewarganegaraan Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis (mengikut kerakyatan ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan bermaksud “right of blood” atau hak keturunan.

Talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara bangsa.

In Brunei, seorang menjadi warga mengikut operasi undang-undang sekiranya dia Melayu — merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Melayu Tutong (sumber sini).


Pada lumrahnya, manusia mementingkan etnik.

Ambil contoh United Kingdom yang terdiri daripada Ireland Utara, Scotland, England dan Wales.

Orang British menggelar diri mereka orang Irish, orang Scot, orang English dan orang Welsh, lebih kurang macam orang Malaysia menggelar diri kita Melayu, Cina, India dan sebagainya.


Kita di Malaysia berlainan agama dan berbeza warna kulit.

Orang asal Irish, Scot, English dan Welsh sama agama (Kristian) dan sama warna kulit (putih). Namun mereka masih lagi nekad untuk membeza-bezakan diri mereka.

Seorang Irish, misalan kata, enggan dikenali sebagai orang English.

Dua tahun kelak, Scotland akan mengadakan referendum untuk menentukan sama ada orang Scot mahu keluar daripada UK dan seterusnya negeri tersebut menjadi sebuah republik berdikari.

Perkembangan ini membayangkan betapa kuatnya jatidiri orang Scot, yang lebih Scot daripada British. Untuk sekian lama, gerila IRA telah berperang saudara berhasrat akan pemisahan Ireland Utara daripada Great Britain – pulau besar terdiri England, Scotland dan Wales – supaya boleh bergabung semula dengan Ireland kerana jati diri mereka ialah sebagai orang Irish.

Di serata dunia, pengenalan diri mengikut etnik adalah begitu mendalam. Contohnya orang Kurd mahu menubuhkan sebuah negara Kurdistan khusus untuk etnik mereka. Jadi kepada Cina Malaysia ataupun DAP khususnya, jangan 'macekeyo' kononnya memfitnah MALAYSIA ni tak adil dalam urusan kaum. Tanya kepada NEGARA ASAL KETURUNAN kamu sendiri, adakah mereka cukup adil dengan kaum-kaum minoriti di negara kaum asal kamu?

Share this article

10 Komen:

  1. negara cina, taiwan, hongkong, jepun, korea, vietnam, thailand. semuanya tak akan beri langsung peluang bangsa asing jadi warganegara. pelik betul pemimpin melayu malaysia ni. dah lama aju terfikir benda ni, sejak kecik dulu.

    BalasPadam
  2. mae nko tengok la masa British nak bagi merdeka antara syarat depa bagi kerakyatan pada bangsa cina dan india

    BalasPadam
  3. Lagi pelik kalua PATI diberi IC dengan projek untuk undi

    BalasPadam
  4. apa2 yg kita nak buat mesti ada penilaian. brunei dgn cara brunei. so biarla brunei mempertahankan rakyat brunei. xkan automatik nak warganegarakan org lain taanpa diuji. biarla dorg diuji biar tahu mcmana nak jd rakyat brunei. kalau bagi automatik tanpa diuji lama2 xkan ada lg bangsa melayu brunei. xkan ada lg keamanan di brunei. brunei xnak negara brunei diambil oleh orang lain. lgpun perludiingat, walaupun penduduk tetap atau warga asing, brunei x pernah memulaukan atai menyisihkan. dr segi kemudahan tu semua ada dan mmg la rakyat diberi keutamaan. takkan nak beri kemudahan pada org luar tp rakyat sendiri x dpt. jgn tau nak menilai dan mengomen kalau x tau sbb dan punca. jgn sbb nak tegur org malaysia, negara lain d jadikan contoh yg x baik. jdlah diri sendiri tanpa perlu menuding jari ke org lain.

    BalasPadam
  5. Hoi bodohhhh...
    Kau jangan nak copy paste dari sumber yang tak pasti.

    Nenek aku cina Brunei.. kerakyatan... ada tanah.. adik beradik nenek aku ada yang dikirniakan tanah dan ada yang dikurniakan Rumah Rakyat Jati.

    Sepupu nenek aku yang berstatus penduduk tetap pun dapat scholarship, byr $1 je nak jumpa doctor kat hospital kerajaan.

    Ada 2org menteri berbangsa cina d BRUNEI ni.

    Gedung2 besar dan pasaraya mewah kebanyakkan milik bangsa cina.

    IF YOU DONT KNOW AND HAVE NEVER BEEN TO BRUNEI, LEBIH BAIK BERHENTI MEMBUAT FITNAH!!!!

    BalasPadam
  6. kau yang bodoh nda paham apa maksud yg cuba d sampai kan.. memang banar bukan sanang govt brunei membari ic kuning..ada yg bepuluh2 tahun masih g lum dapat.

    besyukur tah ko nenek/datuk mu sepupu 1x 2x 3x 4x 5x nenek mu atu dapat kelebihan di brunei ani.

    BalasPadam
  7. Haha. You are just embarassing yourself dear so-called writer. Before you write and post something ridiculous, make sure the its legit.

    BalasPadam
  8. Jangan menfitnah Brunei seolah-olah negara kami menindas rakyat minoriti!!! Di Brunei tiada perkauman seperti negara2 lain....UNTUNGNYA RAKYAT BRUNEI BERBILANG KAUM hidup dengan harmoni dibawah pimpinan Sultan yg tercinta!

    Brunei negara kebajikan dengan semua rakyat (berbilang kaum- Melayu, Cina, Iban, India dll bangsa) menikmati kebajikan diantara tertinggi di dunia:
    1. Tiada cukai pendapatan
    2. Perubatan percuma- sarapan pagi lagi diberikan secara percuma di sekolah2 rendah
    3. Pendidikan percuma sehingga taraf universiti dan juga biasiswa keluar negara
    4. harga minyak lebih murah dari air- dalam rm1.10 sen seliter
    5. tarif elektrik dan air diantara terendah di dunia
    6. perumahan kos rendah bagi setiap rakyat- setiap keluarga berhak memohonnya.
    7. Pelajar2 peringkat tinggi dan universiti menerima elaun setinggi rm1300 setiap bulan
    dan lain2 lagi......

    walaupun yg bertaraf 'penduduk tetap' (sebilangan Cina, Melayu dll bangsa juga yg belum diberikan kerakyatan) tidak menerima perkara no.6 dan 7 diatas... mereka tetap LEBIH beruntung tinggal di Brunei!

    BalasPadam
  9. haha.. semua salah tu.. yg penting .. org cina yg tinggal di Brunei aman.. saya ada kwn2.. ayahnya org miri (Malaysia) tapi dah berkahwin lama dgn org cina brunei.. sekarang anak2 mereka sudah memiliki kerakyatan brunei.. DAN sekarang mereka sudah mendapat sebuah rumah yg dibina khas untuk keperluan rakyat Brunei.. jgnlah membuat thesis tanpa merujuk kepada pihak2 yg berkenaan.. daripada info yg dikemukakan.. salah satunya adalah dari Amerika.. hmmm org Amerika ke yg tinggal kat Brunei?? kenapa tidak bertanya terus kepada org Brunei.. Cina Brunei.. atau dipersilakan bertandang ke Brunei untuk mendapatkan maklumat.. di sini kami mengalu-alukan.. ada banyak jabatan2 kerajaan yg boleh anda bertanya dan mendapatkan maklumat yg SAH.. daripada mendpatkan maklumat dari org atau badan2 atau hak2 asasi yg salah.. ini namanya fitnah.. tahu tak kenapa susah sangat Brunei nak bagi kerakyatan kepada org asing.. walaupun sudah lama berkahwin dgn org Brunei.. sebabnya.. kami mahu melindungi Negara tercinta kami dari dijelajah sewenang2nya oleh pihak asing.. trajedi ini mengimbas kembali kepada PENIPUAN Charles Brooke yg telah MENIPU Sultan semata2 hendak menjual DUA negeri (Sabah dan Sarawak)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sedih mengenangkan penipuan oleh Brooke yang merampas Sarawak dan Sabah dari Brunei

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top