Nuffnang

JANGAN MENYEBOK!!!! PR DIBERI AMARAN OLEH PEMIMPIN PAS



Banyak sungguh drama dan cengkadaknya PR ni. PAS yang dilihat "lembik" selama ini akhirnya seperti dah tak tahan dengan perangai dan kritikan demi kritikan yang diterima dari pemimpin Pakatannya sendiri.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan semua parti Pakatan Rakyat (PR) agar tidak campuri urusan parti lain, termasuk parti Islam itu. Menurut Tuan Ibrahim, krisis menteri besar Selangor menyaksikan PR banyak mencampuri urusan dalaman PAS.

"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti lain dan jangan melampaui sempadan parti," kata Tuan Ibrahim seperti dilaporkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak setuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormatinya."Menurut Tuan Ibrahim, apabila DAP tidak bersetuju dengan niat PAS melaksanakan hudud, parti Islam itu menghormati perbezaan pendapat sesama parti PR.

"PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya kepada portal berkenaan.

Naib presiden PAS itu mengulas beberapa pimpinan PKR dan DAP yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat berkenaan dengan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Hari ini, Mohamad Sabu berkata PAS Pusat tetap dengan keputusan mesyuarat 17 Ogos mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.

Timbalan Presiden PAS itu berkata perkembangan terkini dilaporkan media mengatakan PAS tidak menamakan kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) PKR itu dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka berada di luar pengetahuannya dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat parti.

"Laporan tentang kenyataan itu juga menyebut Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," kata Mohamad kepada The Malaysian Insider di Shah Alam, merujuk kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos yang ditandatangani kenyataannya oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas mengenai perkembangan semasa dalam isu menteri besar Selangor, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.

"Saya mengambil sikap kalau kita tidak tahu, tidak payah cerita kepada orang lain yang kita tidak tahu," katanya seperti dilapor Harakahdaily.
Share this article

1 Komen:

  1. Haji Hadi sememang semuanya dah tahu. Bukannya orang pandai sangat. Kecerdikannya pun taklah sejauh mana berbanding dengan pemimpin parti-parti lain. Sebab itulah dia takut untuk menjadi perdana menteri. Dia tahu kepandaiannya setakat mana. Setakat untuk jadi pemimpin PAS saja bolehlah sebab ahlinya pun bukan lah cerdik-cerdik juga.
    Bila keadaan PAS macam ni PKR senang untuk memainkan mereka. Tengoklah nanti, bila disergah oleh KetUm PKR, koner beringlah Haji Hadi buat U-Turn sekali lagi sambil terkencing-kencing dalam seluar. Budak-budak PAS lain pun ikut jugak macam biasa.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top