Nuffnang

AWASSS!!! SINDIKET "ISTERI SEWA" GUNA WARGA ASING!!!



Kepada si isteri berhati-hati dan sentiasa berwaspada kepada perubahan sikap suami anda. Bukan apa, takut dan terjebak dengan sindiket "isteri sewa" ini.



Tawaran khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) kini bukan sahaja terhad melayan pelanggan di pusat-pusat hiburan tetapi mereka yang terdiri dalam kalangan warga asing itu juga boleh dijadikan 'isteri sewaan' bagi mana-mana lelaki yang terdesak memerlukan suri rumah.

Makna 'isteri sewaan' yang dikesan berlaku di Lembah Klang ialah sindiket menawarkan wanita yang juga terdiri dalam kalangan GRO sebagai 'isteri' dengan caj antara RM300 hingga RM7,000 bergantung kepada tempoh berapa lama 'isteri sewaan' itu diperlukan.

'Isteri sewaan' yang kebiasaannya berusia 20 hingga 25 tahun ini bukan sahaja memenuhi kehendak seks si lelaki yang membuat bayaran kepada sindiket itu malah wanita-wanita itu turut melakukan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.

Sindiket menyediakan khidmat sewaan itu menawarkan tempoh 'isteri sewaan' antara sehari sehingga tiga bulan. Tempoh berkenaan boleh dilanjutkan mengikut persetujuan antara pelanggan dan pihak sindiket - Kosmo

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top