Nuffnang

REKA DAN MENANG!!! Proton Pelawa Belia Sertai Pertandingan - JOM!!!



Anak muda warga Malaysia berumur antara 13 hingga 25 tahun dipelawa menyertai Pertandingan Rekaan Proton 2014 yang bertemakan Kereta Bandar Proton 2020, bermula hari ini hingga 4 Ogos. 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pengeluar kereta nasional itu yakin ramai anak muda tempatan yang sangat berbakat, justeru syarikat menyediakan wadah kepada mereka untuk menyerlahkan kebolehan dalam rekaan kereta. 



“Kami harap dapat membantu melahirkan lebih ramai pereka kereta pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Antara hadiah ditawarkan termasuk wang tunai, MacBooks dan praktikal di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton. 

Peserta yang dibahagikan kepada dua kategori (13-17 dan 18-25) boleh menghantar hingga tiga penyertaan merangkumi lakaran saiz A3 termasuk 3/4 bahagian depan dan belakang, dan menghantar secara pos atau online ke citycar2020.proton.com. - SUMBER


NOTA : Foto-foto ini mungkin diambil dari makmal ujian kemalangan MIROS berdasarkan sticker PC3 dan Safety Lab pada kereta.

Jadi, bagi yang pakar berkaitan "comp designer" atau sewaktu dengannya, ayuh... jangan lepaskan peluang ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top