Nuffnang

PANASS!!! Tun Mahathir Akui Kesilapan Beliau!!



Siapa tidak kenal Tun Mahathir? Seorang pemimpin yang berani dan lantang dalam menyuarakan pendapat atau pandangan semasa kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri negara dahulu. Walaupun telah meninggalkan tampuk kepimmpinan negara, namun teguran dan kritikan keras kepada kepimpinan sekarang tetap mewarnai rencah politik negara.

Kritikan dan teguran yang diberikan adalah atas dasar untuk membina kepimpinan yang lebih baik demi masa depan Negara. Komen yang diberikan kebanyakannya berasas.

Bagi Tun, kalau benda tu baik dia akan kata baik. Kalau tak baik, dia akan kata tak baik. Bukan macam Pakatan. Baik ke, tak baik ke, kritik tak tentu arah. Tak de hala tuju.

Dan perlu diingatkan, perkara ini bukan sesuatu yang baru bagi Tun. Ianya pernah dilakukan suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan Tun tersingkir dari UMNO.

Apabila ditanya penyebab yang membuatkan Tun segera bertindak untuk menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman yang penuh dengan kata - kata tajam, ini jawapan Tun:


"Apabila saya menoleh semula kebelakang dan membaca kembali surat tersebut, saya menyedari bahawa saya tidak sepatutnya bersikap kasar dan tidak sopan terhadap Tunku.

Saya berasa kesal tetapi perasaan saya keras pada ketika itu. Saya berpendapat, beliau telah melakukan kesilapan dan beliau perlu diberitahu mengenainya.

Ini disebabkan sebagaimana lazimnya, apabila memegang jawatan tertinggi seperti beliau, beliau tidak mendapat maklumat daripada akar umbi.

Lazimnya, penyokong - penyokong pembodek akan berada disekelilingnya dan mereka hanya akan memberitahu beliau apa - apa yang suka didengar oleh beliau sahaja.

Ini akan menyebabkan beliau mempunyai persepsi yang salah tentang banyak perkara. Oleh itu, saya fikir saya perlu membetulkannya." - Petikan dari buku: Jejak Seorang Pemimpin, Sejarah Lisan Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top