Nuffnang

#FBP14 MALAYSIA FUN RIDE BERJALAN LANCAR TANPA SEBARANG INSIDEN

Pada pagi ini bertempat di tapak Festival Belia Putrajaya 2014 di Zon Selatan telah berlangsung acara Fit Malaysia Fun Ride. Bermula di hadapan Segmen Fight Club melalui kawasan perumahan berhampiran taman pancarona, memasuki kawasan tasek dan mengelilingi tasek putrajaya. keluar berhampiran jalan ke PICC dan terus kembali ke tempat pemulaan.

Dilepaskan secara simbolik oleh KSU Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Jamil Salleh pada jam 8.15pagi dan berakhir pada jam 9.10 pagi Fit Malaysia Fun Race ini mengambil masa kayuhan kira kira selama 1jam. seramai hampir 1000 penunggang basikal dan ramai antara peserta acara ini datang secara berkeluarga dan terdiri berbilang kaum dan usia.

Acara ini berkonsepkan kayuhan santai dan mood gembira sambil bersukan. Aktiviti sukan yang santai dan sesuai melibatkan anggota keluarga. Dapat merapatkan lagi kemesraan antara ahli keluarga yang kebiasaannya sibuk dengan tugasan masing masing ketika hari bekerja dan ketika cuti hujung minggu inilah masa yang berkualiti untuk bersama keluarga melakukan aktiviti sukan yang sihat.














Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top