Nuffnang

ADOII....Culik Lagi Di Semporna!!!



Tujuh lelaki telah menyerbu sebuah resort di Semporna sebelum menculik dua individu - seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China yang berada disitu.

Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada jam 10.30 malam semalam apabila suspek yang bersenjatakan senapang M14 tiba ke resort atas air itu dengan menggunakan bot.

Tiga dari suspek tersebut – seorang daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain menanti di dalam bot.

Suspek mengarahkan seorang pekerja di situ yang sedang menonton TV di sebuah bilik supaya diam dan tidak melakukan apa-apa namun disebabkan ketakutan, pekerja tersebut telah bertindak terjun ke dalam laut demi mengelakkan diri dari diapa-apakan oleh penjenayah tersebut.

Mereka kemudian telah membawa lari seorang pekerja resort yang lainnya dan seorang pelacong yang bercuti di resort tersebut.

Mangsa yang dilarikan dipercayai dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, pekerja resort tersebut dari Filipina manakala seorang lagi dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, seorang pelacong warganegara China.

Gao telah mendaftar masuk ke resort tersebut pada semalam dan dijangka berada di situ sehingga Sabtu ini.

Suspek dipercayai berbangsa Sulu kerana dikesan berdasarkan loghat percakapannya dan kesemua suspek melarikan diri kearah Pulau Gaya dan mereka juga dikatakan fasih berbahasa Melayu.

Ketika kejadian, 61 pelancong menginap di resort tersebut dan 47 pekerja sedang bertugas di resort tersebut.

Jarak antara resort tersebut dengan Pekan Semporna adalah 2.2 batu nautika.

Sejurus selepas kejadian itu satu laporan polis telah dibuat pada jam 12.58 dan gerakan bersepadu pelbagai agensi dari Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerahkan untuk mengesan suspek.

Pengarah Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian dan siasatan kini sedang dijalanka

- SUMBER
Share this article

1 Komen:

  1. Semalam, keluarga seorg. mangsa MAS disasarkan; hari ni pelancong Cina pula!

    Saya syaki mungkin ini agenda jahat si MUSUH ISLAM/MELAYU nak memburukkan lagi UMNO/K'jaan dan Malaysia, yg. berlansungan dr. insiden MAS ini!

    Dan juga menimbulkan kebencian pada saudara se Islam Sulu , yg. ramai juga Bumiputera Sabah. Di samping itu, kebanyakan pelarian Islam dr. Mindanao, di Pulau Gaya amat dibenci si KAPIR DAJAL, yg. mahu menghalau mereka dari Pulau Gaya yg. indah itu serta menghalang mereka mendpt. kerakyatan, demi mengurangkan umat Islam di Sabah (ini jugalah disyaki sebab kenapa perkampungan air umat Islam di Sabah asyik dibakar) !

    Sebenaqnya penjenayah kalau dr. Filipina atau Indonesia pun, kebanyakan adalah si KAPIRDAJAL (termasuk MENYAMAQ sbg. org. Islam) Ejen Mossad-CIA-MI6-NATO, serta ejen tempatan mereka dari DAPBANGKAI/PKRPELIWAT/PENGGANAS Red Bean/Geng Kongsi Gelap, utk. menghuru-harakan negara. Sebab itu kebanyakan mangsa mereka adalah umat Islam/Melayu.

    MO mereka adalah melalui jenayah termasuk dlm. kemalangan jalanraya melalui pemandu BUAS lori-bas-4WD/Pick-up, yg.disyaki dimiliki Geng Kongsi Gelap, yg mensasarkan umat Islam/Melayu (senang dikenali dr. ayat Al-Quran atau Tasbih serta dr. pakaian Islam - iaitu tudung, songkok dan kopiah)!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top