Nuffnang

VIDEO : Kronologi Anwar Dihalang Masuk Ke Jepun...MENARIK!!









Teka-teki tentang mengapa Anwar Ibrahim di halang daripada memasuki negara Jepun akhirnya di jawab oleh Menteri Luar Malaysia semalam.

Pihak berkuasa Imigresen Jepun mengesahkan tindakan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu kelmarin kerana Ketua Pembangkang Malaysia itu telah melanggar Perkara 5 (4) Akta Kawalan Imigresen dan Pengesahan Pelarian negara berkenaan.


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, bagaimanapun pihak berkuasa Jepun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai alasan tindakan tersebut kepada Wisma Putra.
Perkara 5 (4) akta tersebut menjelaskan, seseorang yang telah disabitkan atas suatu pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan Jepun, atau mana-mana negara lain dan telah dijatuhi hukuman penjara dengan atau tanpa kerja selama satu tahun atau lebih, atau suatu penalti yang setara adalah dilarang memasuki negara itu.

Bagaimanapun, ia tidak terpakai bagi mereka yang disabitkan dengan kesalahan politik.

"Setiap negara mempunyai kedaulatan dalam menafikan sebarang kemasukan seseorang dalam negara jika pihak berkuasa imigresen menganggap orang itu tidak diingini.

"Dalam kes sebegini, tidak ada kewajipan untuk pihak berkuasa imigresen negara itu untuk menjelaskan mengapa mereka berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pada Ahad lalu, Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo pada pukul 6.46 pagi dari Kuala Lumpur tetapi tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa imigresen negara itu.

Anwar kemudian dimaklumkan supaya menaiki penerbangan pertama untuk pulang ke Kuala Lumpur atau berhadapan tindakan pengusiran.

Beliau bagaimanapun memilih untuk memberikan kerjasama dengan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi.

Beliau berlepas ke Tokyo selepas menerima jemputan peribadi Pengerusi Yayasan Nippon, Yohei Sasakawa bagi membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Islam.

Sehubungan itu, Anifah menafikan sebarang penglibatan kerajaan Malaysia berhubung tindakan Jepun ke atas Anwar.

Katanya, Kedutaan Malaysia di Jepun telah membuat pertanyaan kepada pihak berkuasa negara itu berhubung insiden tersebut selepas Anwar menuduh Wisma Putra campur tangan dalam isu berkenaan.

Jelas beliau, berdasarkan penjelasan pihak berkuasa Imigresen Jepun, Anwar dihalang masuk ke negara tersebut kerana Jepun mendapati Ketua Pembangkang itu sebagai 'orang yang tidak diingini'.

"Adalah tidak masuk akal untuk mengaitkan Wisma Putra mahupun saya mempunyai pengaruh terhadap kedaulatan sesebuah negara atau memberi arahan kepada Jepun. Kami tiada kena-mengena," ujarnya.

Beliau juga berkata, Wisma Putra telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo bagi mendapatkan penjelasan tersebut namun diberitahu ia bukan kerana orang itu adalah Anwar tetapi kerana dia rakyat Malaysia.

"Tidak kisah jika orang itu daripada kerajaan atau pembangkang mahupun apa sahaja parti politik kerana pada kami, Anwar ialah seorang rakyat Malaysia," dalam satu kenyataan kepada media kosmo.

Setakat semalam ianya jelas merujuk kepada timbang tara kerajaan Jepun melalui pihak berkuasanya dan undang-undang yang mereka tentukan.Tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia kerana Anwar Ibrahim masih boleh memasuki Malaysia seperti biasa.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top