Nuffnang

SYABAS!!! Penjenayah Amat Dikehendaki Ditembak Mati @PDRM





Seorang penjenayah yang amat dikehendaki berkaitan beberapa kes samun bersenjata, mati ditembak polis selepas dia bertindak menyerang anggota polis yang cuba menahannya di Jalan Reko, Kajang, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, hasil risikan polis mendapati suspek lelaki dikenali sebagai ’Sasi’ itu sedang memandu sebuah kereta Honda Odyssey di Jalan Reko sebelum sepasukan polis tiba untuk menangkap suspek.

Suspek yang panik melihat tiga kenderaan polis terus bertindak agresif dengan melanggar sebuah daripadanya dan cuba merempuh seorang anggota polis.

"Anggota polis tiada pilihan dan terpaksa melepaskan dua das tembakan.

Suspek mati di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Abdul Ghani berkata, siasatan awal polis mendapati kenderaan yang digunakan suspek dipercayai dicuri di Kluang, Johor.

Suspek dipercayai turut terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjata dan curi kenderaan di Lembah Klang.

"Kita masih siasat sama ada suspek mempunyai anggota kumpulan lain atau tidak. Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang,” katanya. - Bernama

SUMBER
Share this article

1 Komen:

  1. Pemerhatian polis semakin tajam, satu amaran kepada penjenayah di Malaysia dan jaminan kerajaan berada di landasan yang betul.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top