Nuffnang

MEMILUKAN!! Video : Kisah Ibu Tua Mangsa Banjir Yang Menyayat Hati!!!!



Sedih dan memilukan....Kisah kali ini sama sekali tidak disangka oleh pasukan sukarelawan yang datang membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan Pahang. Apa yang bakal dikongsikan kali ini bakal menyentap perasaan kita sebagai manusia. Tergamaknya anak-anak yang dibesarkan beliau mengabaikan ibu yang uzur ini mengharungi bencana banjir tanpa sebarang bantuan. 

Diabaikan oleh anak-anak sendiri, malah ketika banjir mula naik di kawasan rumahnya, beliau yang ketika itu ditemani dua anaknya ditinggalkan pula oleh salah seorang anaknya itu. 




BB serta pasukan sukarelawan yang mengikuti misi bantuan pasca bencana banjir kali ini begitu tersentuh dengan kisah "malang" yang menimpa Mak Cik Hasnah. Apatah lagi bila diberitahu anak-anaknya yang lain boleh dikatakan berjaya dalam kehidupan masing-masing dan menetap pun di taman yang berdekatan.

Jom kita dengar dan lihat luahan Mak Cik Hasnah dalam video di bawah ini :



Mak Cik Hasnah Dalam Keadaan Hiba Menceritakan "Kisahnya" Kepada KSU Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh, Dan Zaidi Aziz Dari Majlis Belia Malaysia (MBM)


Bagaimana anak-anaknya sanggup memperlakukan Mak Cik Hasnah sedemikian rupa? Apakah kesalahan beliau sehingga terpaksa menyabung nyawa dalam keadaan banjir yang "luarbiasa" kali ini?

Ada lagi Cerita "menarik" dan "panas" yang akan BB kongsikan bersama anda semua di tulisan yang akan datang mengenai Mak Cik Hasnah. Kisah yang akan "Menggegarkan" agensi atau jabatan yang mungkin terlalu sibuk atau terlepas pandang mengenai penderitaan beliau sehingga pihak yang tidak terfikir di akal yang waras kita pula yang datang membantu.




Apa pun, sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan belia yang menjayakan misi bantuan pasca bencana untuk mangsa banjir. Terima kasih juga kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang kerana menganjurkan program yang memberi banyak manfaat kepada rakyat. Terima kasih juga kerana melibatkan BB dalam misi kali ini.



Program Bantuan Pasca Banjir Kementerian Belia Dan Sukan Berlangsung Pada 16 dan 17 Disember  2013 di kawasan-kawasan yang terpilih di sekitar Kemaman,Terengganu dan Kuantan Pahang.Turut Hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh.

Berikut gambar-gambar sekitar perjalanan program


Sumbangan Peralatan Membersih Rumah kepada Wakil Penduduk Kampung Paya Berenjut

Sumbangan Peralatan Membersih Rumah kepada Wakil Penduduk Kampung Paya Berenjut


Datuk Jamil Bersama Setiausaha Agung MBM En Zaidi Bergotong Royong memasak makanan untuk Sukarelawan yang tinggal di Kompleks Rakan Muda Kemaman

Datuk Jamil Bersama Setiausaha Agung MBM En Zaidi Bergotong Royong memasak makanan untuk Sukarelawan yang tinggal di Kompleks Rakan Muda Kemaman


Membantu Menjemur Beberapa Barangan Di Asrama Kompleks Rakan Muda Kemaman Yang Masih Boleh Digunapakai

Membantu Menjemur Beberapa Barangan Di Asrama Kompleks Rakan Muda Kemaman Yang Masih Boleh Digunapakai


5

Bersama TKP Rakan Muda YM Engku Azmi Meninjau Penginapan Sukarelawan yang bertugas di Sekitar Kemaman


Memperkatakan Sesuatu Tentang Aset-Aset Milik Kompleks Rakan Muda Kemaman Yang Tidak Boleh Digunakan Lagi

Memperkatakan Sesuatu Tentang Aset-Aset Milik Kompleks Rakan Muda Kemaman Yang Tidak Boleh Digunakan Lagi


Bergambar Bersama Barisan Artis Yang Turut Membantu Bergotong Royong di SMK Chukai- Antara Artis Yang Hadir Eliza dan Aida Rahim

Bergambar Bersama Barisan Artis Yang Turut Membantu Bergotong Royong di SMK Chukai- Antara Artis Yang Hadir Eliza dan Aida Rahim


Sempat Membantu Membersihkan Stor Baja di SMK Chukai Kemaman

Sempat Membantu Membersihkan Stor Baja di SMK Chukai Kemaman


Mendengar Keluh Kesah dan Luahan dari penduduk di Taman Sungai Isap Murni Kuantan

Mendengar Keluh Kesah dan Luahan dari penduduk di Taman Sungai Isap Murni Kuantan


Bersama Jabatan Bomba Membersihkan Jalan di Kawasan Sekitar Taman Sungai Isap Murni

Bersama Jabatan Bomba Membersihkan Jalan di Kawasan Sekitar Taman Sungai Isap Murni


Sebelum Pulang ke Kuala Lumpur,Datuk Jamil Salleh Sempat Singgah di Sbeuah lagi rumah Pegawai Belia dan Sukan Pahang Yang Terjejas Dalam Banjir Tempoh Hari

Sebelum Pulang ke Kuala Lumpur,Datuk Jamil Salleh Sempat Singgah di Sebuah lagi rumah Pegawai Belia dan Sukan Pahang Yang Terjejas Dalam Banjir Tempoh Hari


Kredit kepada Portal SGB juga kerana sanggup berkongsi video ini. 

Tunggu siri kedua ye....

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top