Nuffnang

GAGAL!!! Tembakan Polis Selamatkan Rumah Timbalan Menteri Dari Dirompak!!!





Niat dua orang pencuri untuk memecahmasuk ke dalam rumah Timbakan Menteri KDN Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang terletak di jalan Tengah berdekatan dengan Bandaraya Kuching pada awal pagi tadi tidak kesampaian apabila kehadiran mereka di sedari oleh pihak keselamatan.

Adalah di fahamkan, kejadian berlaku lebih kurang jam 3.15 pagi semasa dua orang anggota PGA dan tiga orang anggota rela meronda berdekatan rumah tersebut sebelum terserempak dengan dua orang lelaki bertopeng telah masuk kedalam pagar kawasan rumah berkenaan.

Apabila diarah untuk menyerah diri kedua saspek yang masing-masing bersenjata parang terus meluru kearah mereka dan salah seorang anggota PGA melepaskan tembakan ke udara menyebabkan kedua-dua saspek melompat keluar pagar dan melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Pemeriksaan lanjut oleh anggota PGA telah menjumpai satu alat pemotong besi, satu besi berhulu kayu dan beg sandang hitam yang ditinggalkan oleh saspek.

Timbakan Menteri KDN Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kini berada di London, United Kingdom mengesahkan kejadian apabila dihubungi.

- SUMBER


Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top