Nuffnang

NAIB PRESIDEN : Inikah Petunjuk Mukhriz Akan Bertanding?



Spekulasi bahawa Menteri Besar Kedah akan bertanding ke jawatan ketiga tertinggi dalam UMNO semakin jelas ketika ini. Tindakan beliau membuat kunjung hormat kepada 2 Pemimpin Tertinggi UMNO iaitu DS Najib dan TS Muhyiddin petang tadi tambah menguatkan spekulasi ini.


"Kalau MUKHRIZ tidak mahu bertanding Naib Presiden, buat apa dia pergi mengadap Presiden dan Timbalan Presiden petang ini" kata seorang sumber yang beriya-iya bercerita sambil tersembur air liurnya di celah gigi.

Menurut sumber, pertemuan tertutup di antara MUKHRIZ dengan Tan Sri Muhyiddin pada petang ini dan kemudiannya disusuli dengan MUKHRIZ menemui sendiri Perdana Menteri, Dato' Seri Najib di saat-saat akhir ketika mana spekulasi hebat mengenai pengumuman MUKHRIZ bertanding akan dibuat esok pastinya tidak lain bagi mendapatkan pandangan dan restu dari kedua-dua kepimpinan tertinggi parti. Baik buruknya MUKHRIZ masuk gelanggang Pak Naib tentunya akan dilihat secara terperinci oleh mereka.

Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan pertemuan sulit lewat sore ini, namun demi menyuburkan demokrasi dalam UMNO, biarlah MUKHRIZ diberikan peluang masuk gelanggang Pak Naib. Pertandingan 6 penjuru merebut 3 kerusi yang menurut penganalisis tidak akan menguntungkan HISHAM.

Namun begitu, apakah Bapak Presiden akan merestuinya justeru melihatkan sahaja keponakannya dimandikan basah kuyup dan terbuang? Kita akan dapat pastikan jawabannya tidak berapa lama lagi. Apa yang pasti ialah penyertaan MUKHRIZ akan lebih mewarnai suasana pemilihan dan lebih penting lagi ialah memastikan perpaduan dalam UMNO sendiri terus terjaga dalam usaha memartabatkan bangsa.

Share this article

1 Komen:

  1. Sy menyokong TS Muhyiddin pertanding merebut jawatan presiden & mukhriz jawatan timbalan presiden barulah betul ... Malaysia barulah berjaya sbb org org TS Muhyiddin lebih byk drpd org org Najib!!!
    HIDUP TS MUHYIDDIN, HANTAM
    NAJIB BAGI JATUH !!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top