Nuffnang

KJ DITEMPELAK!! Cukup Melayukah Syed Rosli?? @KhairyKJ @Reginalah


Syed Rosli ibaratkan kepimpinan Pemuda Umno seperti 'warga Bangla'


Seorang daripada calon jawatan Ketua Pemuda Umno memulakan kempennya hari ini dengan mengkritik kepimpinan sedia ada pergerakan itu yang diibaratkannya seperti "warganegara Bangladesh kerana tidak pernah bersekolah di Malaysia".


Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tanpa menamakan sesiapa, membuat kenyataan itu selepas menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi.

Menurutnya, pemimpin pergerakan itu sekarang tidak pernah bersekolah di Malaysia menyebabkan mereka tiada asas dalam memahami perjuangan bangsa.

"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri.

"Jikalau kita tidak pernah membesar dan bersekolah di Malaysia, bagaimana kita hendak faham perjuangan Melayu, agama, bangsa dan negara?

"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun," katanya.

"Dia ibarat macam Bangla datang (ke sini), umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa?

"Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun," katanya kepada pemberita.

Beliau turut mencuri perhatian ramai apabila bersumpah atas nama Allah tidak akan terlibat dengan rasuah sebaik selesai menyerahkan borang pencalonannya.

"Demi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, saya bersumpah tidak akan terlibat atau membenarkan amalan rasuah, salahguna kuasa atau politik wang jika saya dipilih sebagai ketua pemuda," katanya kepada pemberita.

Sehingga kini, jawatan ketua pemuda Umno sah akan direbut tiga orang melibatkan penyandang, Khairy Jamaluddin, Akhramsyah Sanusi Junid, dan Syed Rosli.

Seorang lagi yang telah menyatakan hasratnya, Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali masih belum menyerahkan borangnya.

Macam ni ke calon yang nak bertanding sebagai Ketua Pemuda? Walaupun penulis tidak mengenali siapa Syed Rosli ini, namun sebagai orang Melayu kita tidak diajar dengan sikap mengeji dan menghina orang lain.

Apa cukup Melayukah orang Melayu yang lahir dan dibesarkan di Tanah Melayu berbanding yang dibesarkan di luar negara? Sedangkan nabi pun menyuruh umatnya berkelana sehingga ke negeri China untuk menuntut ilmu. 

Ada akal pakai la.... Nak bertanding tak salah, tapi carilah isu serta bahan kempen yang matang dan beretika. Tak perlu menyamakan orang lain seperti "bangla"!!!

Awal-awal dah "out"!!!! 
Share this article

2 Komen:

  1. Btul gak kata bdak ni(Syed Rosli)...kalau tak prnah duduk dlm masyarakat Melayu n melalui hidup sebagai Melayu maka kecintaan trhadap Melayu n nilai2 Melayu pun tak sebegitu.Apa yg perhatikan ramai dkalangan anak2 Melayu skarang lebih dpd Mat Salleh cara n gaya hidup.Kalau ckap sikit jiwa n pujaan adalah halatuju kearah negara Mat Salleh.Wallahua'lam.

    BalasPadam
  2. bagus tuan syed ni, dia berjanji dengan tuhan secara umum dan kita jadi saksi.....bukan seorang pengecut yang berani bertindak macam tu dan bukan perkara spontan bila bersumpah dgn nama tuhan......org pandai jika tak amanah akan rosakkan bangsa...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top