Nuffnang

KUATKAH UMNO Bila Najib Dan Muhyiddin Tidak Dicabar??






Ada pelbagai hujah dan pemikiran dalam apa yang dilihat sebagai antara pemilihan parti yang boleh dikatakan paling getir selepas krisis pengharaman UMNO. Jika pilihanraya yang lepas dikatakan sebagai ‘ibu segala pilihanraya’, maka pemilihan UMNO kali ini pula dikatakan sebagai ‘ibu segala pemilihan UMNO’. Ini kerana UMNO dikatakan berada dalam keadaan yang lemah dan kehilangan punca walaupun telah berjaya menambah kerusi pada PRU yang lalu. 



UMNO pada hari ini dikatakan berada dalam keadaan dilemma dalam mencari jatidiri. Sebahagian dari kepimpinan di peringkat tinggi dilihat mempunyai ‘idea’ yang berbeza dengan penyokong-penyokong dan juga ahli dari akar umbi berkenaan halatuju UMNO. 

Secara dasarnya, ahli-ahli dan penyokong UMNO berpegang teguh kepada semangat asal penubuhannya iaitu dengan berpasak kepada perjuangan agama, bangsa dan negara. Ini bermakna UMNO wajib memperjuangkan pemerkasaan Melayu, dengan berdiri teguh atas keperibadian Melayu dan agama Islam. 

Hanya kerana ingin memajukan diri, UMNO tidak harus menukar hala tujunya atau keperibadiannya. Apa yang UMNO perlu lakukan adalah menukar cara pemikiran agar lebih berdaya saing dan berdaya maju dengan memperbetulkan apa yang salah serta memperbaiki segala kelemahan. 

Namun, kebanyakan pemimpin UMNO dikhuatiri tidak memahami hasrat akar umbi. Lebih teruk lagi apabila mereka turut memandang rendah dan memperlekehkan semangat UMNO yang asal. Kononnya ‘kemelayuan’ itu adalah kelemahan dan kerana itu UMNO tidak boleh terlalu Melayu lagi. Apa yang pemimpin sebegini terlepas pandang ialah tatkala pemimpin UMNO menggadai Melayu, kaum lain terus berjuang memperkasakan jatidiri bangsa masing-masing. Akibatnya, orang Melayu berada dalam kerugian serta mengalami ancaman ‘hilang di dunia’. 

Justeru itu, pemilihan UMNO yang bakal menjelang ini dilihat sebagai pertembunganantara pemimpin yang membawa roh asal UMNO dengan pemimpin yang telah tersasar jauh dari perjuangan UMNO. Biarpun semuanya memakai nama UMNO dan berpakaian UMNO tetapi beberapa tindakan dan kenyataan sebahagian mereka sebelum ini telah memperlihatkan suara liberalis yang lebih mirip kepadapembangkang. 

Mungkin sukar untuk diakui tetapi hakikatnya, UMNO sedang merekah, meretak danmenunggu masa untuk pecah berkecai. 

Dalam keadaan ini, kepimpinan perlu berhati-hati dalam mengambil apa saja keputusanuntuk memastikan UMNO kekal kuat. Walaupun pertandingan bagi semua jawatan adalah perlu untuk memulihkan UMNO agar kembali menepati harapan dan jangkaan akar umbi tetapi hakikatnya, pertandingan juga mampu memecahbelahkan parti yang telah sedia retak ini. 

Mungkin menyedari hakikat ini, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO, dikatakan tidak akan mencabar Presiden. 

Jika benar, ini mungkin merupakan satu keputusan yang amat bijak, sekaligus menggambarkan kematangan dan ketokohan Tan Sri Muhyiddin. Biarlah semua jawatan lain dipertandingkan, tetapi bukan jawatan tertinggi bagi mengelakkan berlakunya taufan yang bukan saja mampu menyebabkan UMNO hancur tetapi juga mampu meletakkan negara dalam keadaan tidak menentu. 

Tan Sri Muhyiddin tentunya seorang tokoh UMNO tulin kerana sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk UMNO tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya. Tiada siapa yang boleh lupa bagaimana beliau bertindak tegas meminta Tun Abdullah melepaskan jawatan apabila bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai tidak lagi mampu memandu UMNO di atas landasannya yang betul. 

Walaupun Tan Sri Muhyiddin boleh saja ‘mencuba nasib’ mencabar Dato’ Seri Najib tetapi beliau cukup faham bahawa dalam keadaan sekarang, tindakan ‘cuba-cuba’bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan. 

Sesungguhnya, walaupun sokongan kepada Dato’ Seri Najib dikatakan cukup kukuh dan tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan jawatan walaupun ia dipertandingkan, tetapi UMNO dan negara tidak mampu mengambil sebarang risiko. 

Oleh yang demikian, kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana masih mempunyai pemimpin yang tidak tergila-gilakan jawatan serta sanggup melepaskan peluang demi memastikan parti dan negara berada dalam keadaan terkawal. Kita percaya sebahagian besar ahli-ahli UMNO menghargai pengorbanan Tan Sri Muhyiddin dan turut berkongsi semangat yang sama dengan beliau. Bagi memastikan pengorbanannya tidak sia-sia, UMNO wajib membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan nanti. 

Sekiranya ini berjaya dilakukan, maka kita semakin optimis yang UMNO bakalmenambah sekurang-kurangnya 10 kerusi lagi dalam PRU-14 nanti. 
Share this article

3 Komen:

  1. Boleh dikatakan pemimpin UMNO yang ada sekarang nih kebanyakanya tidak lagi punyai semangat juang yang sejati. Berjuang kerana agama, bangsa dan negara. Kebanyakan mereka berjuang untuk kepentingan sendiri. Saya amat tidak pecaya bahawa pertandingan akan merosakkan parti kiranya apa yang admin katakan betul.

    “Mungkin menyedari hakikat ini, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO, dikatakan tidak akan mencabar Presiden”.

    Persoalanya adalah mana yang lebih penting diantara perjuangan untuk membela agama, bangsa dan Negara dengan takutkan perpecahan; walaupun pemimpin yang hendak ditandingi itu jelas tidak memberikan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara, malah akan terus menerus meliberalkan bangsa? Bukan kah ini bermakna perjuangan itu hanyalah untuk kepentingan diri sendiri kerana takut jika kalah akan terlucutlah segala yang dimilikki?

    Orang Melayu hanya pandai bercakap iaitu kalau takut dipukul gelombang, jangan berumah ditepi pantai. Dalam hal yang sedemikian, kiranya seorang pemimpin yang benar benar tulin jati diri akan terus bertanding untuk menyelamatkan agama, bangsa, raja raja dan negaranya. Perpecahan tidak mungkin akan berlaku jika SEMUA pemimpin yang ada sekarang ini serta yang akan bertanding itu benar benar berbangsa MELAYU yang tulin serta punyai semangat MELAYU yang sejati.

    Orang MELAYU sangat miskin. Miskin orang MELAYU adalah moralnya. Orang MELAYU amat lemah dengan pujukan dan pujian. Orang MELAYU amat senang diperdaya oleh pemimpin MELAYU sendiri. Orang MELAYU amat mudah menyerahkan mandat kepada pemimpin MELAYU yang akan menjual agama, bangsa, raja raja dan negara demi kepentingan diri sendiri. Akhirnya orang MELAYU juga yang akan kecewa dek perbuatan mereka sendiri. Sekali hak keistimewaan orang MELAYU terlepas dari genggaman, tidak mungkin akan dapat dikembalikan walau dengan air mata darah sekali pun. Orang MELAYUlah yang turut bersubahat dengan pemimpin yang akan menjual maruah bangsanya sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan yg cukup brfakta n tepat.Bkan ape Melayu semakin lemah....ini kerana Melayu/Bumiputra mudah lpa daratan.

      Padam
  2. Tanpa Nama 12:01 PTG. Saya sokong. Hujah tuan tepat dan padat. Hanya sedikit tambahan, org Melayu berhak menerima kepimpinan terbaik. jika ini menuntut proses pertandingan yg terbuka, telus tanpa sekatan, maka serahkanlah kpd org melayu/ahli parti membuat pilihan. Jika tidak, selamanya kepimpinan melayu dihantui persoalan kredibiliti!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top