Nuffnang

GANTUNG : UPSI Teruskan Hukuman Ke Atas Adam Adli





Tempoh penggantungan pengajian aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang mencuri perhatian ramai kerana menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diteruskan sehingga tempoh yang tidak ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).





Adam sebelum ini digantung pengajiannya selama tiga semester sejak 9 Januari 2012 dan sepatutnya berakhir bulan ini.


Dalam satu kenyataan hari ini, Adam berkata dia terkejut menerima surat dari UPSI memaklumkan bahawa pengajiannya terus digantung sehingga tarikh yang tidak ditetapkan.

Adam sebelum ini digantung selama tiga semester kerana didakwa merosakkan reputasi UPSI dan "membahayakan ketenteraman awam dan moral orang ramai".

Dia kemudiannya cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan penggantungan itu, tetapi gagal untuk mendapatkan penghakiman yang memihak kepadanya.

Menurut Adam, surat bertarikh 6 September yang ditandatangani Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Zakaria Kasa itu menyatakan penggantungan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada perbicaraan Akta Hasutan di mahkamah.

"Surat tersebut turut menyatakan bahawa tempoh penggantungan yang berkuatkuasa serta-merta ini hanya akan tamat setelah selesai perbicaraan kes Akta Hasutan di mahkamah," kata Adam, siswa jurusan TESL dengan PNGK 3.30.

Adam bagaimanapun yakin penggantungan ini tidak sah dan bermotif politik memandangkan tindakan itu hanya boleh dibuat universiti jika dia didapati bersalah selepas prosiding pendengaran disiplin dijalankan.

"Sepucuk surat makluman tidak boleh menggantung seorang pelajar," katanya.

Menurutnya lagi, UPSI dan Putrajaya hipokrit dan cuba menghalangnya daripada menamatkan baki dua semester pengajiannya.

Buat masa ini, dia sedang mendapatkan nasihat undang-undang sebelum memutuskan langkah seterusnya.

"Jika UPSI benar-benar tidak mahu saya kembali ke kampus, mungkin saya akan mengambil inisiatif lain berkaitan pendidikan saya. 

"Beberapa peluang belajar di tempat lain termasuk luar negara pernah saya lepaskan sebelum ini kerana ingin kembali ke UPSI dan menamatkan pengajian di sana," katanya.
Share this article

5 Komen:

  1. aljub & co boleh sponsor belajar kat overseas tapi kene la tonggeng dulu....

    BalasPadam
  2. Gantung apa. Buang saja MALAUN NI...

    Suruh la gi demo lagi....

    Masuk la KOLEJ PKR....

    Dia ajar subjet ''MAIN belakang'' oleh pensyarah bang non !

    BalasPadam
  3. cerdik betul budak ni cakap, dia kena gantung bermotif politik ...

    yang dia pergi turunkan bendera ketua negara tu, kemudian berdemo dan merusuh di UPSI dan merata-rata tu tak bermotifkan politik ke?

    apa2 pun, sesiapa yg menyokong bang non, pasti akan kena sumpahan dajjal ...

    BalasPadam
  4. muka nk kena penyepak nie

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top