Nuffnang

APA NAK JADI?? Polis Tahan 2 Individu Bawa Abu Mayat CHIN PENG?





Macam-macam hal!!

Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.


Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat.

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat....Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng.

Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai di kawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara.

Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengkebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut.

Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Share this article

10 Komen:

  1. Bagaimana dengan berpuluh-puluh penganas Sulu di Lahad Datu, yang telah membunuh beberapa Polis dan Askar Malaysia telah dikebumikan di merata-rata tempat di Sabah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mayat mereka dah mati disini, tanam kat sini la. takkan nak biar membusuk kot. Chin peng bukan warga Malaysia, mati pun bukan kat sini. Sendiri fikirlah...kan kamu bijak.

      Padam
    2. Inilah kasi muka sangat pada keparat2 yang tak kenang budi ini senantisa cuba
      tahab mana kah kerajaan akan sabar.

      Padam
    3. Takkanlah awak x dapat bezakan antara kekejaman komunis dan pencerobohan sulu di Sabah tu. Ke saja nak cari pasal?

      Padam
    4. Saja nak cari nahas....memang dasar penyokong Kominis.Cakap guna kepala lutut.

      Padam
    5. Mungkin yg ni tali barut cheng peng kot,pasal tu lh bunyi komen dia.

      Padam
  2. pengganas sulu yg menceroboh akan dan telah ditembak mati....i rasa mungkin u keturunan komunis sbb kenyataan u mcm membela chin peng atau pon u nie suku sakat chin peng

    BalasPadam
  3. anon 841 guna kepala lutut bila buat komen kat atas. anda tak dapat membezakan kedua-dua situasi

    BalasPadam
  4. Mcm mane polis kata abu chin peng ade buat pengesahan ke mungkin tahi kuda yg telah dibakar? penyeludup x kn lh bodoh sgt skrg ops abu telah dikuatkuasakan x sesuailh nk seludup mungkin mrk provok je ni nk tipu polis2 semua..... sebenonya abu cp masih di Siam lagi....... manenya perisik polis kurang cerdik sama mcm di Lahat Datu dulu mrk x bau lasung org2 sulu nk ceroboh..... ape pya cerdik PDRM......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ingat polis buat kerja cincai ke? diorang tau sebab hasil risikan la tu..tak bau langsung org sulu nak ceroboh? mcmmana kau tau diorang tak bau? diorang tak tau atau diorang tidak dedahkan kpd masyarakat utk elak kerisauan dan kekacauan?

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top