Nuffnang

AES : Makin Lama Tangguh, Makin Banyak Anda Bayar _ Timbalan Menteri!!



Kerajaan hari ini memberi jaminan proses pengambilalihan operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibuat secara telus.


Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata sebuah firma audit bebas juga akan dilantik bagi memastikan proses pembayaran dibuat secara adil dan munasabah.

"Untuk makluman, jumlah kamera yang akan dipasang juga dikurangkan kepada 310 buah berbanding kira-kira 800 yang dicadangkan sebelum ini kerana syarikat yang mengambil alih ini tidak bermotifkan keuntungan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) di persidangan Dewan Rakyat di ibu negara.

Mahfuz meminta kerajaan menjelaskan butiran perjanjian yang dibuat dalam proses pengambilalihan AES oleh syarikat milik penuh kerajaan AES Solutions Sdn Bhd daripada dua syarikat yang menguruskan AES sebelum ini iaitu ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Abdul Aziz berkata kerajaan juga tidak boleh memberi penjelasan lanjut berhubung proses itu kerana tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Setakat ini, 14 kamera AES beroperasi di seluruh negara kecuali di Melaka.

Terdahulu, menjawab soalan asal Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) tentang cadangan holistik berhubung operasi dan penguatkuasaan AES, beliau berkata berkuat kuasa 18 September lepas kadar permulaan kompaun ialah RM150, bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Tambahnya, kadar itu akan meningkat mengikut tempoh saman dijelaskan iaitu mengguna pakai prinsip "the more you delay, the more you pay" (makin lama anda tangguh, makin banyak anda bayar).

-Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top