Nuffnang

Ada Lagi Nak CABAR KJ. Dah Abis Pikior Ke Yob?






Lagi sorang nak lawan KJ nampaknya. Bukan nak kutuk atau memperkecilkan kredibiliti calon, tapi kalau tak pernah kenal macam mana nak dapat undi? Melayu pun tak kenal Melayu macam mana nak pilih jadi pemimpin Melayu. Ke tak kisah semua tu?



Perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno kini menjadi tumpuan apabila seorang ahli Umno dari Selangor menawarkan diri bertanding jawatan nombor satu sayap parti pada pemilihan parti itu bulan depan.

Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, yang juga Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, dalam Bahagian Pandan di petik dari sebuah portal mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Tidak menyandang apa-apa jawatan di peringkat Pemuda Bahagian mahupun Pusat bukan penghalang bagi Syed Rosli yang telah menjadi ahli Umno selama 19 tahun untuk mencabar penyandangnya, Khairy Jamaluddin.

“Keputusan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno ini sudah difikir masak-masak dalam masa sebulan ini malah saya turut mendapat restu beberapa ketua pemuda di peringkat cawangan dan bahagian serta ahli akar umbi.

“Borang pencalonan juga sudah diambil di PWTC pada Sabtu lalu dan saya tidak sabar untuk menyerahkan borang yang siap diisi pada Sabtu ini,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak gentar berdepan dengan Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan kerana yakin sudah tiba masanya sayap Pemuda Umno dipimpin oleh pemimpin dari akar umbi.

Katanya, tujuan untuk bertanding pada pemilihan parti kali ini adalah kerana melihat perjuangan kepimpinan Pemuda Umno sekarang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal terutama isu mempertahankan hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan kedaulatan Institusi Raja- Raja Melayu.

Share this article

3 Komen:

  1. Jangan terlalu awal menilai KJ beri beliau peluang dulu penggal ni..pada pendapat saya KJ mampu membawa perubahan sekarang (penggal ni)

    BalasPadam
  2. taktau sapa dok ketaq lutut, cqita baguih ja..tang mana tu

    BalasPadam
  3. tang mana lg, yg calon baru ka lama ka? hahah..malas nk tembak kaki sndiri beb.
    tp hati ni lg terguris luka dihiris belati calon tu. nti jgn lupa settle saman, waitng list tuu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top