Nuffnang

JAMINAN POLIS : Pemilik Resort Benar Ritual Buddha Di Surau Dibebaskan!!




KLUANG - Pemilik resort di Sedili Besar dekat Kota Tinggi yang ditahan reman sejak Selasa lepas bagi membantu siasatan berhubung surau di resort itu dibenarkan digunakan untuk upacara keagamaan Buddha, hari ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kertas siasatan kes berkenaan sedang dilengkapkan untuk diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya.

"Polis akan menunggu arahan lanjut daripada pendakwa raya dan dalam masa yang sama kita sedang memantau segala aktiviti dan juga reaksi orang ramai berhubung kes berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ismail yang mengetuai pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu turut mengesahkan berlaku satu kebakaran kecil di sebuah stor di resorttersebut semalam.

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah, namun pasukan forensik dan pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan siasatan terperinci.

 - Bernama






Hakcipta terpelihara
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top