Nuffnang

KEJAM!! MAUT DIHENTAK DENGAN PENYUDUK PASIR DAN KAYU

Hasrat seorang bapa untuk menaiki kereta baru milik anaknya tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian rompakan di rumah pengurusan mayat di Batu 1/2, Sandakan kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, Lakompet Lakasau, 80, yang juga pengawal keselamatan di rumah pengurusan mayat berkenaan ditemui terbaring berlumuran darah selepas dibelasah tiga lelaki menggunakan kayu dan penyodok pasir ketika tidur di situ.

Berdasarkan rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian menunjukkan warga emas itu diserang tiga lelaki bertopeng yang membelasahnya ketika tidur.



Gambar Hiasan


Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis bersama Unit Anjing Pengesan (K9) bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

“Hasil rakaman CCTV (kamera litar tertutup) mendapati jam 10 malam, mangsa didatangi tiga lelaki yang menutup muka dengan kain dan bersarung tangan dengan dua daripadanya bersenjatakan penyodok pasir dan kayu.

“Kedua-dua suspek menghentak kepala mangsa yang sedang tidur di atas meja dengan kayu dan penyodok sehingga mati,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa rebah dan terbaring di lantai sebelum dua suspek mengambil dompet mangsa lalu melarikan diri bersama seorang lagi rakan mereka.

“Jumlah kerugian belum dapat dipastikan,” katanya.

Namun, Rowell berkata, hasil keterangan seorang anak mangsa mendakwa bapanya sepatutnya menemuinya hari ini (semalam) untuk memberi wang deposit untuk membeli kereta.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top