Nuffnang

Pelawak Mana Pinjam Duit Ibu Tunggal Untuk Ceramah Politik??

“Tuduhan dilemparkan ke atas saya adalah fitnah semata-mata,” kata seorang pelawak menjawab tuduhan seorang ibu tunggal yang mendakwanya melarikan diri selepas meminjam kira-kira RM7,000 sejak tiga bulan lalu.

Harian Metro kelmarin melaporkan seorang pelawak tanah air didakwa menghilangkan diri selepas meminjam RM7,000 daripada seorang wanita untuk ‘berceramah politik’ namun gagal melangsaikan bayaran itu.
 
Gambar Hiasan

 
Laporan berkata, wanita itu turut mendakwa pelawak berkenaan gagal melangsaikan dua bayaran tempahan hotel pada 30 September dan 20 Oktober, pinjaman RM4,500 membaiki kereta, bayaran cagaran telefon sebanyak RM780 dan memperbaharui cukai jalan RM1,500.

Menurut pelawak terbabit, tuduhan itu tidak berasas sama sekali kerana setiap dua minggu dia membuat bayaran walaupun sedikit.

“Saya akui meminjam daripada wanita itu RM4,500 pada 21 September lalu tetapi perjanjian mulut mengatakan setiap minggu saya dikehendaki membayar antara RM400 sehingga RM600.


“Wanita itu pernah mengatakan sekiranya saya ada wang, bayar, kalau tiada simpan dulu. Setakat hari ini (semalam) saya sudah menjelaskan beberapa kali dan baki hutang hanyalah antara RM4,000 sehingga RM5,000,” katanya memaklumkan hasil ceramah diterimanya adalah RM200 setiap minggu.

Katanya, berikutan kekurangan pendapatan, kadangkala dia terlewat membayar balik pinjaman namun memaklumkan perkara itu kepada wanita berkenaan.

“Kerana lambat dua hari, saya diugut untuk dimalukan walaupun sebelum ini dia memahami keadaan saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain itu, menurutnya, tuduhan mengatakan dia gagal membuat bayaran selepas makan di kedai wanita itu serta melunaskan bayaran hotel ditempah tidak tepat kerana sebelum ini ibu tunggal itu mengatakan dia mahu belanja.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top