Nuffnang

Panas.... Ahmad Maslan Melatah Pada Sidang Media Apabila Sokong Tuntutan #HKR112

KULAIJAYA – ‘Saya sokong salah satu tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) untuk bebaskan Felda.................. 

Hah! Apa sudah jadi Ketua Penerangan UMNO ni???? Meroyan ke ape???





Inilah kenyataan yang akan dimainkan oleh media PR. Mengambil kenyataan pemimpin UMNO separuh jalan dan diputarbelitkan.

Kenyataan Ahmad Maslan yang sebenarnya adalah :

 ‘Saya sokong salah satu tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) untuk bebaskan Felda, terutamanya daripada fitnah pembangkang,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, Felda sering menerima fitnah daripada pembangkang dan pihak berkenaan perlu bebaskan Felda seiring tuntutan mereka.

“Terdapat tiga fitnah besar pembangkang terhadap Felda antaranya tuduhan agensi ini sudah bankrap dan dakwaan 12 peratus pegangan saham Felda Global Venture (FGV) dimiliki pihak Genting.

“Selain itu, mereka juga mendakwa Felda menjual minyak kepada syarikat Israel sedangkan kita tidak pernah jual setitik minyak pun kepada Israel, tetapi ada menghantar minyak kepada Palestin.

“Sebab itu, saya sokong tuntutan himpunan untuk bebaskan Felda iaitu selamatkan Felda daripada fitnah mereka (pembangkang),” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Dewan Semai Bakti di Kampung Felda Bukit Batu, semalam.

Sementara itu, mengulas perkembangan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan enam lagi individu lain, Ahmad memberitahu, Felda menunggu tarikh dari mahkamah.

“Mereka diberi tempoh 14 hari untuk meminta maaf, namun tiada respons diberikan, jadi kita terpaksa saman," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top