Nuffnang

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #112) : Syarat Polis Demi Keselamatan dan Ketenteraman Negara


Walaupun pihak PDRM memberi persetujuan kepada penganjur #112 untuk berhimpun, namun   peserta dan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dikehendaki mematuhi beberapa syarat bagi menjamin ketentraman awam dan negara mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Mohd Sabu berkata “Setelah berbincang dan berdialog dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, mereka bersetuju untuk memberi kerjasama dengan kita untuk berhimpun secara aman.

“Diharapkan semua datang awal dan memberikan sokongan tanpa membuat kecoh kerana kita akan berkumpul secara aman,” kata Mohamad kepada media selepas pertemuan itu di IPD Dang Wangi petang tadi.

Huh!!! Boleh caya ker?? Masakan ada Skuad Tempur yang diketuai Mahasewel yang digantung pengajian, siapa lagi kalau bukan si Adam Adli dan konco-konconya.

Dan apa yang lebih menakutkan, Adam Adli dan 30 orang yang lain sebenarnya telah pun dihantar ke Indonesia selepas hari raya yang lalu semata-mata untuk mempelajari selok belok "DEMO" di negara jiran tersebut. 

Untuk apa ye??? diulangi... Untuk Apa Ya???



Berikut antara syarat-syarat yang ditetapkan polis:

1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.

3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.

4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.

5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.

6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.

7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.

8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.

9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.

Hummm.... kepada PDRM dan semua petugas-petugas (media, blogger dan sesiapa yang terlibat) dalam memastikan ketenteraman awam dan negara dipelihara, BB ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan doa semoga keselamatan kalian akan dipelihara oleh ALLAH SWT hendaknya, Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top