Nuffnang

SAFEE SERTAI MUANG THONG UNITED - JUARA THAILAND???



KUALA LUMPUR – Ketika karier Safee Sali di Pelita Jaya masih samar ekoran status Liga Super Indonesia (ISL) yang masih belum mendapat kata putus, juara liga Thailand 2010, Muang Thong United mungkin menjadi pilihan terbaru buat Safee Sali jika mahu meneruskan kariernya di luar negara.

Menurut pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim, dia dihubungi wakil Muang Thong yang cukup berminat mahu mendapatkan penyerang Harimau Malaya itu.
“Kelab Muang Thong ada menyatakan minat untuk mendapatkan Safee cuma ia hanya secara lisan dan belum ada tawaran secara rasmi.

“Sebenarnya perbincangan ini sudah lama berlangsung termasuk mengenai gaji dan nilai kontrak yang akan ditawarkan kepada Safee, cuma ia belum melangkah ke tahap serius.
“Jika mereka mengemukakan tawaran rasmi, saya mahu tengok dahulu bila pintu perpindahan pemain akan dibuka supaya Safee tidak perlu menunggu terlalu lama untuk bermain, ” kata Zakaria ketika dihubungi, semalam.

Musim lalu, Muang Thong menamatkan saingan liga di tempat ketiga dan mara ke saingan suku akhir Piala AFC. Bertambah menarik, Safee mungkin bergandingan dengan bekas bintang Liverpool dan England, Robbie Fowler yang merupakan pengurus, merangkap pemain selain diperkuatkan tiga pemain import dari Ivory Coast.

Liga Thailand membenarkan penggunaan lima pemain import bagi setiap pasukan. Buat masa kini, Muang Thong hanya diperkuatkan empat pemain import dan masih ada satu kekosongan buat bekas pemain Selangor itu jika berminat berhijrah ke sana.
Salah sebuah majalah bola sepak Thailand mendedahkan Muang Thong berminat menjadikan Safee sebagai pengganti bekas pemain Fulham dan Queens Park Rangers (QPR) ,Zesh Rahman dari Pakistan.

Mengenai isu terkini ISL, Zakaria berkata, tiada sebarang keputusan dinyatakan oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) terhadap status beberapa kelab ISL walaupun diberi tempoh sehingga 10 Januari untuk menyertai Liga Perdana Indonesia (IPL).

“Tiada sebarang tindakan oleh PSSI selepas tarikh yang diberikan dan saya yakin kemelut di ISL boleh diselesaikan tanpa menjejaskan karier Safee di Pelita, ” katanya.
 
Sumber-Utusan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top