Nuffnang

AKIBAT MAHUKAN PAYU DARA CANTIK

LONDON: Lebih 250 wanita Britain akan memulakan prosiding mahkamah tahun depan selepas lebih separuh daripada mereka mengalami masalah dengan implan payu dara yang dibuat oleh syarikat Perancis, PIP.
“Implan lebih separuh daripada wanita itu pecah dan kami juga mewakili wanita lain yang bimbang dengan laporan itu serta khuatir implan mereka juga akan pecah akhirnya,” kata peguam, Esyllt Hughes.


“Kami sudah mengeluarkan beberapa prosiding mahkamah dan menjangka ia akan bermula di Cardiff tahun depan.” Pegawai kesihatan Perancis berkata, kerajaan negara itu merancang mengesyorkan kepada 30,000 wanita Perancis yang menjalani pembedahan implan supaya membuangnya selepas lapan kes barah, khususnya barah payu dara dilapor.

PIP yang mengeksport sebahagian besar implannya muflis tahun lalu.

Peguam Britain itu yang berpejabat di Cardiff berkata, anak guamnya bercadang membuat tuntutan terhadap klinik yang menjalankan pembedahan memasukkan implan berkenaan.

“Kami lebih suka jika dapat menyaman PIP tetapi syarikat itu sudah muflis dan maklumat menunjukkan ia tidak diinsuranskan secukupnya.

“Kerana itu kami mengambil keputusan membuat tuntutan terhadap klinik terbabit,” kata Hughes.

Kira-kira 50,000 wanita Britain menggunakan implan buatan PIP untuk membesarkan payu dara mereka.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Britain semalam cuba meyakinkan wanita berkenaan bahawa tidak ada bukti menunjukkan ada hubungan antara produk itu dengan barah. - AFP

SUMBER : HARIAN METRO http://www.hmetro.com.my/articles/Implanpayudara_250wanitasamanklinik/Article


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top