Nuffnang

WIRA TERKORBAN SYAHID - IMAM BESAR MAKKAH VS NIK AZIZ

"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid." - Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani, Imam Besar Masjid Aba'ah, Makkah.






Katanya umat Islam wajib mempertahankan negaranya daripada pencerobohan asing dan mati dalam peperangan kerana ia adalah syahid fisabilillah dan Allah SWT akan memberi syafaat kepada mereka. 

Syeikh Muhammad Sharif dibawa khas dari Makkah ditemui selepas memberi tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris serta Arab pada program 'Malam Munajat Rakyat: Gema Zikir dan Selawat' dan dihadiri hampir 5,000 umat Islam di Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang Rabu malam. 

Beliau sebelum itu mengimamkan solat Maghrib dan solat hajat memohon Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada bencana, diikuti solat Isyak. 

Program itu dianjurkan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim. 

Sheikh Muhammad Sharif berkata pergaduhan atau peperangan sesama umat Islam di akhir zaman adalah tindakan manusia yang memiliki sifat syaitan dan hendaklah dihindari oleh pengikut sebenar Nabi Muhammad SAW. 





Beliau yang turut ditanya penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia, berkata dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas menyatakan haram menggunakan nama Allah sebagai nama tuhan oleh bukan Islam. 

"Dalam Islam tidak boleh bandingkan nama Allah dalam Bible dan Injil. Orang Bible dan Injil bukan Islam. Macam mana hendak guna nama Allah. Perbuatan ini (guna nama Allah oleh bukan Islam) adalah syirik dan berdosa, tidak boleh buat begini," tegasnya. 

Beliau menasihatkan umat Islam Malaysia supaya memohon perlindungan Allah SWT dan mengadakan solat hajat agar umat Islam di negara ini terhindar daripada fitnah yang banyak berlaku di akhir zaman. 

"Bergaduh sesama umat adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam. Umat Muhammad SAW adalah adik-beradik dan kita patut bersatu. Ini nasihat saya," katanya. 





Dalam tazkirahnya pula, Sheikh Muhammad Sharif menegaskan tiada parti politik boleh menjanjikan syurga atau neraka kepada umat Islam dan perbuatan mengkafirkan sesama umat juga ditegah keras oleh Islam.

Baca Lagi DI SINI
read more...

TERKINI!!! GEMPUR Terakhir Dalam 48 Jam Di Ops Daulat!!!



Penambahan kekuatan dan aset perang dalam Ops Daulat oleh Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) memberi petunjuk bahawa itu mungkin gempuran terakhir dalam tempoh 48 jam ini bagi menamatkan terus krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.




Menurut maklumat (SUMBER) yang diterima, adalah difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.


Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.


Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.





Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.


Adalah difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.


Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.





Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.


Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.


Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawk telah digunakan.





Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.


Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakkan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.

read more...

LAHAD DATU : Menonton Sambil Menderma. Buktikan Sokongan Anda!!



Pasukan bola sepak negara akan berentap dengan pasukan Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 26 Mac ini dalam satu perlawanan amal bola sepak antarabangsa bagi mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu. 

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil kutipan tiket dan derma, termasuk sumbangan badan swasta bagi menjayakan acara itu, akan dibahagi untuk dua tabung berkenaan. 

Beliau meminta orang ramai datang beramai-ramai memeriahkan acara itu sebagai simbolik dalam memapar semangat patriotik di samping menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.




Katanya, kejayaan penganjuran perlawanan amal itu akan menyerlahkan lagi keprihatinan seluruh rakyat Malaysia berbekal semangat 1Malaysia, yang berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin. 

Ahmad Shabery berkata ia juga akan menyerlah penghargaan seluruh rakyat kepada anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam mempertahan negara tercinta di Lahad Datu, Sabah sekali gus mengajak semua masyarakat menghayati nilai kedaulatan negara untuk sama-sama dipertahan. 

"Ini julung kali Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan perlawanan amal antarabangsa seumpama ini, ia diharap dapat menjadi satu usaha berterusan dalam membantu inisiatif keamanan, bukan sahaja untuk negara tapi juga buat keamanan di peringkat antarabangsa," katanya. 

Ahmad Shabery berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan logo acara perlawanan itu yang bertema "Voices of Malaysia, Match For Hope" di bilik mesyuarat bangunan Kementerian Belia dan Sukan di sini. 

Acara anjuran kementerian dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, yang ditauliah Persatuan Bola Sepak Malaysia itu, bermula pada 8.45 malam dan jualan tiket grandstand RM150, terrace RM20 dan kanak-kanak RM10 diurus Ticket Hotline, Wisma FAM Kelana Jaya. 






Untuk rekod, kali terakhir Malaysia, di ranking 159, bertemu Palestin, di ranking 153, ialah pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2011, yang berakhir dengan keputusan Palestin menewaskan Malaysia 4-3. 

- BERNAMA
read more...

CIKGU HANJING!!!! Ini Respon Dari Kem Pelajaran Malaysia (KPM)

Tunggu punya tunggu, akhirnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Abd Ghafar Bin Mahmud mengeluarkan Kenyataan Media berhubung kes seorang "CIKGU HANJING" yang menghina anggota keselamatan yang terkorban dan sedang bertugas di Lahad Datu, Sabah.

Berikut kenyataan media yang dikeluarkan (SUMBER)



BB : Biar Tindakan Yang Diambil Setimpal Dengan Apa Yang Telah Dilakukan!!! Bukan Setakat Surat Amaran!!!
read more...

Ops Daulat!!! Tangisan Di Raja Iringi Pemergian Wira





Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah semalam sebak dengan pergolakan yang berlaku di Lahad Datu sehingga mengorbankan sembilan nyawa anggota keselamatan. 

Baginda turut berkongsi duka dengan keluarga perwira negara itu termasuk anak-anak mereka yang masih kecil dan isteri yang sedang hamil. 

“Beta dukacita dengan nasib yang menimpa keluarga perwira yang telah terkorban itu lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan isteri sedang mengandung,” titah baginda. 

Sultan Ahmad Shah juga mahu rakyat terus menyokong kerajaan yang memerintah hari ini kerana sejak dahulu apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan terutamanya Perdana Menteri adalah menjurus ke arah perpaduan dan kedamaian negara.

“Selain itu, jangan berharap kepada kerajaan semata-mata kerana sebagai rakyat di negara ini apa yang paling penting adalah perpaduan antara satu sama lain. Jika kita tidak bersatu, negara mudah goyah dan boleh di ceroboh bila- bila masa sahaja,” titah baginda.

Baginda bertitah agar rakyat di negara ini terus bersatu untuk mengekalkan kedamaian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna,Sabah.

“Bumi Malaysia adalah hak kita semua dan tiada mana-mana kuasa lain yang boleh menakluki negara ini setelah kemerdekaan dicapai.


BB : Daulat Tuanku!! Raja Adil Raja Disembah!!!!
read more...

Terkini!!! Pasukan Pengiring Tian Chua Buat Kecoh Di Mahkamah

Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua cuba melarikan diri dari polis yang menghampiri Tian Chua.





Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian Chua bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunan mahkamah.

Berlaku pertengkaran kecil antara penyokong Tian Chua dengan anggota polis di kafeteria Mahkamah Tinggi apabila sekumpulan lapan orang anggota cuba untuk 'mengiringi' pemimpin PKR itu ke pejabat polis di bangunan sama.

Pagi Khamis Naib Presiden PKR yang membuat kenyataan celupar dakwa insiden Lahad Datu sandiwara UMNO akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Batu itu tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi diteman peguamnya.

Dia kemudian masuk ke kamar mahkamah sesyen pada jam 10 40 pagi.

Lebih 300 laporan polis dibuat seluruh negara terhadapnya oleh rakyat pelbagai lapisan kaum yang marah sangat pada gelagatnya.

Tian Chua dijangka akan diwakili oleh peguam N Surendran yang juga Naib Presiden PKR.

Kenyataan Tian Chua disiar dalam akhbar Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada hari Selasa berkata ' mana boleh lepas ' Tian Chua nyata bukan cakap kosong.




BB : Jangan Lepaskan Orang Tak Berguna Dan Tak Bermaruah Seperti Tian Chua!!! Cina Pun Tak Mau Terima Dia Maaa...............
read more...

TERKINI!!! Anak Kiram III Buka Akaun Twitter Baru Dakwa Sabah Bukan Milik Malaysia

Anak Perempuan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram semalam (13 Mac 2013) telah dengan bangganya membuat twitt di laman rasmi twitter.




Cukup Popular nampaknya. Hanya dalam masa sejam, lebih 1,500 pengikut yang majoritinya adalah rakyat Malaysia

Salah satu twitt dari pengikutnya, Fatin Nadia (rakyat Malaysia) telah meminta Jacel supaya mengajak abang-abangnya balik ke Filipina tetapi telah dibalas sinis oleh Jacel Kiram :






Jacel juga mendakwa dalam jawapan balasnya kepada pengikutnya Geminianeyes bahawa Sabah bukannya milik Malaysia berdasarkan senario kerajaan kita masih membayar wang pajakan kepada waris Raja Sulu.








BB : Apa Korang Rasa Dengan Anak Kiram Ni????


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top