Nuffnang

VIDEO : USAHA MEMPERKASA KBS PERLU DITERUSKAN


Karnival Mesra Belia - Salah Satu Produk KBS


Video ini BB dapat dari Group FB. Serba-sedikit BB dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KBS untuk orang muda. Banyak juga program-program hebat yang berskala besar yang BB sendiri tidak tahu. Rupa-rupanya selain sukan, KBS juga mempunyai pelbagai program untuk golongan belia.


 


Himpunan Sejuta Belia, Program Futsal terbesar, Kedatangan Kumpulan K-Pop Super Junior menangkis dakwaan yang BB dengar selama ini bahawa KBS hanya memberikan fokus kepada aktiviti sukan semata-mata.

Dan kalau KBS tidak dekat di hati rakyat khususnya golongan muda, masakan hampir 15 ribu orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkannya.

Semoga apa yang diucap oleh Menteri Belia dan Sukan, Shabery Cheek di awal video ini dapat dibuktikan. "Perkhidmatan yang terbaik akan memberikan hasil yang baik".  Cuma persoalan adakah "branding" KBS ini telah diterima dan sampai ke seluruh nadi golongan belia di negara kita?

read more...

GENERASI MUDA : SEMANGAT YANG HILANG

Artikel ini saya kongsikan daripada apa yang diperkatakan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia(MBM), Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee  di ruangan Minda Harian Metro. Berikut pandangan beliau mengenai daya tahan generasi muda masa kini.

----------------------------------------------------------




ARTIKEL saya bertajuk ‘Ubah mentaliti makan gaji’ yang disiarkan di ruangan Minda Harian Metro minggu lalu mendapat reaksi agak menarik daripada rakan pembaca. Melalui mesej yang dihantar menerusi SMS dan facebook, saya mendapati ramai pembaca bersetuju dengan pandangan saya bahawa golongan belia harus berani membuat transformasi diri untuk menyertai sektor pertanian dan seterusnya merebut peluang pendapatan lumayan yang dijanjikan bidang berkenaan.

Lebih menarik saya mendapat kiriman SMS daripada seorang pegawai kanan polis yang dijadualkan akan bersara wajib pada bulan Julai tahun ini yang turut berhasrat membuka ladang kelapa sawit di kampung halamannya di Kelantan. Namun, terdapat beberapa rakan pembaca yang sangsi mengenai kemampuan golongan belia untuk meneroka bidang tradisi kerana dirasakan mereka kini sudah hilang daya ketahanan untuk menghadapi cabaran yang pada tanggapan umum memerlukan kudrat tulang empat kerat.

Mungkin pandangan ini ada benarnya apabila dilihat fenomena kini orang muda lebih memilih ruang kerja selesa walaupun pulangan gaji bulanan tidak seberapa. Kebetulannya sewaktu saya menyiapkan artikel ini di lobi Hotel Pangeran di Padang, Indonesia, saya sempat bertanyakan gaji bulanan petugas kaunter. Lepasan Sekolah Menengah Kejuruan dalam bidang perhotelan ini menyatakan gajinya meliputi elaun lebih masa sebanyak RM750 sebulan dianggap sangat lumayan bagi beliau yang tinggal bersama ibu bapa.

Jumlah yang sama jika diterima belia kita di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang mungkin hanya cukup untuk kos tambang, makan minum dan sedikit keperluan diri. Malah, tidak menghairankan jika pada tengah atau hujung bulan terpaksa pula meminjam dengan ibu bapa. Realiti ini tidak dapat dielakkan kerana kos hidup kini secara relatifnya meningkat. Masalahnya peningkatan kos hidup seperti harga barang jauh lebih pantas berbanding kenaikan gaji.

Majikan juga terkena tempias berikutan kenaikan kos operasi, justeru sudahnya pengambilan staf dilakukan secara berhati-hati dan kadar kenaikan gaji tidaklah begitu menggembirakan. Tekanan hidup sebegini bukanlah mudah dihadapi. Kebanyakan anak sekarang rata-ratanya menikmati kemakmuran dan kesenangan hidup yang disediakan oleh ibu bapa. Ibu bapa pula sanggup menelan kepayahan asalkan mampu menyediakan keperluan setanding dengan apa yang dinikmati anak orang lain.




 Ada yang berpendapat ini hanya akan melahirkan jati diri belia yang rapuh. Ditambah lagi dengan seribu cabaran persekitaran serta penyakit sosial yang sentiasa mengintai dan mengancam. Kita harus berasa bimbang kerana perangkaan Kementerian Kesihatan pada 2011 menunjukkan terdapat lebih 11 peratus rakyat kita menghadapi masalah mental. Sudah pasti hal yang berkaitan kerjaya dan kos hidup adalah satu daripada punca utama.

Prof Rohani Nasir yang menyediakan Modul Ketahanan Diri Belia yang diterbitkan Institut Pembangunan dan Penyelidikan Belia Malaysia (IPPBM) menyatakan bahawa golongan belia harus diperkuatkan dengan ciri-ciri ketahanan diri agar dapat menghadapi cabaran hidup. Beliau amat yakin golongan belia kita mampu membina benteng ketahanan diri kerana kualiti ini sedia ada dalam masyarakat kita terdahulu.

Masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum adalah terbentuk daripada golongan pelayar, peneroka dan petani, pengembara, pedagang serta peniaga. Tidak kurang pula datang daripada kalangan pejuang serta pahlawan. Maknanya, kita perlu mengembalikan semangat dimiliki generasi lalu agar diserapkan ke dalam hati dan sanubari belia kita.

Modul di atas menegaskan bahawa belia harus digilap berdasarkan dua komponen utama iaitu Faktor Pelindung Dalaman dan Faktor Pelindung Luaran. Faktor Pelindung Dalaman merujuk kepada elemen dalaman diri yang digilap sehingga mampu membentuk ketahanan diri seperti berikut;


  • Keperibadian: Belia harus mempunyai keperibadian positif bagi memastikan mereka mampu menguruskan cabaran dan menangani tekanan dalam kehidupan.




  •  Sifat Humor: Individu yang memiliki sifat humor akan mampu untuk tertawa terhadap dirinya sendiri dan ketawa bersama orang lain. Justeru, mereka tidak akan terlalu serius dalam reaksi terhadap sesuatu perkara dan ia akan mampu mengelakkan berlakunya tekanan.




  •  Kemahiran Penyelesaian Masalah: Ia dapat mengelakkan belia terjerumus kepada keputusan yang merosakkan kehidupan.

     Autonomi: Ini membawa kesedaran belia terhadap diri, identiti dan kemampuan untuk bertindak secara berdikari dan kemampuan untuk mengawal persekitaran luaran. Ia akan meningkatkan rasa tanggungjawab dan harga diri. Elemen ini mengelakkan belia daripada sindrom menyalahkan pihak lain atas keputusan diambil kepada dirinya. 




  •  Kawalan Dalaman: Maknanya belia boleh menentukan takdir sendiri. Mereka yakin melalui kerja keras, kemahiran dan latihan, akan mampu mencari peneguhan dan mengelak daripada kegagalan. 




  •  Orientasi Masa Hadapan dan Mempunyai Arah Tuju: Belia yang mempunyai orientasi masa hadapan akan lebih bermotivasi dalam mencapai matlamat hidup. Sudah pasti individu sebegini dilihat sebagai seorang mempunyai potensi dan boleh disandarkan harapan kepadanya.




  •  Optimistik: Belia harus optimistik kerana ia akan melihat dunia secara positif. Segala masalah akan dijadikan cabaran yang mampu mematangkan diri. Belia yang tidak bersikap optimistik akan sentiasa berasa takut dan berfikir mengenai kegagalan. 




  •  Penghargaan Kendiri: Ini diperlukan seseorang belia bagi memastikan mereka sentiasa menghargai setiap usaha yang dilakukan walaupun mungkin hasilnya bukanlah seperti diharapkan. Sifat ini akan meningkatkan semangat bagi belia mencapai kejayaan seterusnya. 




  •  Efikasi Diri: Ini adalah persepsi seseorang belia berhubung kemampuan beliau untuk mencapai matlamat. Individu mempunyai tahap efikasi diri yang tinggi akan mampu melaksanakan tugas serta menangani cabaran dengan sebaiknya. 




  •  Kecekapan dan Kemahiran Sosial: Perlu dikuasai belia kerana akan memastikan mereka mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan tekanan khasnya yang membabitkan perhubungan dengan rakan sebaya dan orang dewasa.

    Seterusnya belia mampu menjadi individu berketahanan tinggi apabila dipupuk dengan tiga Faktor Pelindung Luaran iaitu persekitaran yang positif melalui institusi keluarga, sekolah dan komuniti.








  •  Ketiga-tiga institusi ini adalah ruang persekitaran yang amat mempengaruhi jati diri belia. Justeru, ia perlu disediakan dalam suasana positif dan membina. Kita harus menghentikan sikap menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain setiap kali wujudnya masalah belia atau remaja. Sebaiknya ketiga-tiga institusi ini sentiasa bekerjasama dengan matlamat untuk melahirkan seorang individu belia yang unggul.

    Perjalanan seribu tahun bermula pada langkah yang pertama! Mulakanlah langkah tetapi pendakian ke puncak memang memeritkan. Langkah makin kecil dan tenaga makin berkurang. Hanya insan yang tabah dan istiqamah akan berjaya menjejaki puncak kejayaan.


  •  Mohamed Maliki Mohamed Rapiee Presiden Majlis Belia Malaysia




  • Sumber : Majlis Belia Malaysia
    read more...

    PANAS! PENYANYI HIP HOP JADIKAN ANAK TIRI "ISTERI KEDUA"

    KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.




    Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.
    Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

    “Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.
    Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain

    Sumber : Harian Metro
    read more...

    BERI PELUANG DAN RUANG KEPADA ORANG MUDA

    Dengan tempoh PRU yang semakin dekat, pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat diingatkan supaya tidak menyekat mana-mana golongan muda dan profesional daripada menyertai parti mahupun menjadi calon. Pemimpin-pemimpin Umno sebaliknya perlu menggalakkan penyertaan golongan ini kerana kehadiran mereka akan membawa banyak manfaat kepada parti dan negara dalam jangka masa panjang.


    Tun Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri yang juga bekas presiden Umno pernah mendakwa ada cawangan Umno yang menyekat golongan muda daripada menyertai parti itu di peringkat cawangan.

    Menurut Dr Mahathir pemimpin cawangan berkenaan berbuat demikian kerana takut kemasukan golongan muda dan profesional akan menggugat kedudukan mereka dalam parti di peringkat cawangan.

    Shafie Afdal yang juga pengerusi Jawatankuasa Pendaftaran dan Penambahan Anggota Umno pula berkata pemimpin Umno perlu mengubah persepsi berkenaan dan memberi keutamaan kepada kepentingan parti dan negara.





    Beliau seterusnya mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak menjadikan ancaman kedudukan dalam parti sebagai alasan bagi menyekat golongan muda dan profesional menyertai parti kerana ia akan merugikan Umno sendiri.

    Menurutnya jika kepimpinan peringkat bahagian dan cawangan sentiasa bekerja keras menjalankan kerja-kerja parti, mereka tidak perlu gusar akan kehilangan jawatan kerana anggota akan terus menyokong mereka.

    Umno perlu menarik lebih ramai golongan muda dan profesional dari sektor swasta malah anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi anggota Umno.
    read more...

    SEMANGAT MEMBARA TIDAK BERUBAH

    PASIR SALAK - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata nilai perjuangan dan semangat cintakan bangsa dan negara di kalangan anggota UMNO terutama pemimpinnya tidak harus berubah walaupun negara kini jauh lebih maju berbanding sebelum ini.





    Perdana Menteri berkata dua nilai itu tidak boleh ditinggalkan, diketepikan malah ditukar ganti dengan nilai lain.

    “Nilai dalam perjuangan adalah nilai di mana kita meletakkan perjuangan parti di atas segalanya,” katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri bersama-sama Veteran UMNO Pasir Salak di sini hari ini.

    Beliau berkata dalam mengharungi cabaran semasa dan akan datang, pemimpin UMNO tidak seharusnya lupa kepada nilai sejarah termasuk mereka yang berjasa kepada parti.

    Pemimpin terdahulu mempunyai semangat perjuangan nasionalisme yang amat tinggi sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kepentingan bangsa dan negara tanpa mengharapkan sebarang ganjaran serta kedudukan, katanya.

    “Mereka yang berhempas-pulas, berkorban, perit jerih malah ada juga dengan darah dan nyawa untuk menegakkan perjuangan nasionalisme bagi menjadikan negara merdeka dan berdaulat,” katanya.

    Najib berkata jika pemimpin UMNO tidak mengenal dan mempelajari sejarah,mereka boleh mengulangi kesilapan masa lalu.
    “Oleh itu, mari kita kenang jasa veteran UMNO dan juga pelajari nilai-nilai perjuangan mereka,” katanya.

    Beliau juga meminta semua anggota parti memberi sepenuh sokongan kepada sesiapa sahaja calon yang terpilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umu akan datang. Semua pemimpin dan anggota komponen BN seharusnya memiliki nilai dan prinsip yang sama, katanya.

    Sejurus selepas itu, Najib menikmati jamuan makan petang bersama-sama 300 veteran UMNO Bahagian Pasir Salak dengan disertai juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Majlis itu turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Mohd Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib.

    Sumber : UMNO ONLINE
    read more...

    NAKALNYA ANAK MUDA THE MOVIE



    Laa....ada juga filem dengan tajuk begini.....cerita seram dan pembunuhan bersiri.




    BB : Saja nak share, tapi beli yang original tau
    read more...

    PELIK TAPI BENAR : TUPAI UNGU DITEMUI




    SEEKOR tupai berwarna ungu yang diperangkap Percy Emert dan isterinya Connie di taman milik mereka di negeri Pennsylvania.


    WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tupai ungu yang dijerat sepasang suami isteri di AS mencetuskan sensasi di internet berhubung persoalan bagaimana haiwan tersebut mendapat warna pelik itu.

    "Kami pun tidak tahu. Namun, ia benar-benar berwarna ungu. Ada orang mendakwa kami mencelup warna tersebut tetapi secara jujur, kami menemui tupai ini dan ia ungu," kata Percy Emert yang menemui mamalia berkenaan bersama isterinya, Connie.

    Kata mereka, tupai itu memasuki perangkap pada Ahad lalu. Menurut laman web accuweather.com, pasangan berkenaan memasang perangkap di taman milik mereka di negeri Pennsylvania bagi melindungi burung peliharaan daripada haiwan pemangsa.

    Mengulas tentang fenomena tersebut, seorang ahli meteorologi AS, Dan Kottlowski berkata: "Tupai jantan itu mungkin telah terjatuh ke dalam cat ungu."

    Namun, pendapat tersebut disangkal oleh seorang komentator lain yang memberikan penjelasan lebih saintifik.

    "Warna ungu itu merupakan sebatian bromida yang dilihat pada spesies moluska dan jarang didapati pada haiwan darat.

    "Tupai tersebut memiliki terlalu banyak bromida dalam sistem badan, berkemungkinan besar kerana ia meminum air daripada sumber air dicemari bromida. Ini bermakna alam sekitar kita sudah tercemar dan ramai orang akan mendapat barah pundi kencing kelak," katanya.

    kredit : kosmo.com.my
    read more...

    Nuffnang 3

    MENARIK

    BB Followers

     
    Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
    Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
    back to top