Nuffnang

APA SEBENARNYA? KJ Akhirnya Pecah Rahsia 1MDB?


Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menafikan sekeras-kerasnya laporan satu artikel dari vharian.blogspot.my bertajuk ‘Memang ada petanda Najib menyeleweng-KJ akhirnya pecah rahsia 1MDB’.

Sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai fitnah, beliau turut menganggap ia satu cubaan melaga-lagakan dirinya dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Ingin saya menegaskan bahawa saya tidak pernah sesekali berkata demikian, sebaliknya kenyataan asal saya kepada Channel News Asia (CNA) telah dimanipulasi oleh portal berkenaan.

“Dalam temubual dengan CNA beberapa hari lalu, saya ada menyebut bahawa seluruh kepimpinan dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) telah terkhilaf dengan tindakan kami yang gagal menasihati Datuk Seri Najib tentang penolakan rakyat terhadap gagasan politik yang diketuai beliau sebelum PRU-14.

“Itulah ‘petanda penolakan’ yang saya maksudkan, dan tidak pernah sesekali saya mengatakan bahawa saya telah nampak penyelewengan dalam hal 1MDB, seperti tajuk berita portal tersebut”, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Justeru selaku Pengerusi Pemuda BN, beliau menyeru semua pihak supaya tidak menerbitkan berita atau kenyataan palsu berkenaan 1MDB.

“Kita semua maklum bahawa polis sedang mengadakan siasatan menyeluruh terhadap kes berkenaan dan ingin saya tegaskan bahawa selaku bekas Perdana Menteri dan rakyat Malaysia, Datuk Seri Najib perlu dihormati selagi tiada pendakwaan di atas semangat ‘innocent until proven guilty’”, ujarnya. -MediaUMNO
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top