Nuffnang

"JALANG POLITIK" : Surat Terbuka Buat Rafidah Aziz



Assalamualaikum Tan Sri Rafidah yang dikasihi,

1. Saya telah membaca keseluruhan tuduhan Tan Sri kepada Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Tan Sri menuduh Najib Razak telah mendapatkan kelulusan Kabinet untuk memajak KESEMUA tanah milik Angkatan Tentera Malaysia kepada sebuah syarikat milik tiga individu. Ia membabitkan pajakan kawasan seluas 40,000 hektar tanah milik MINDEF di seluruh negara selama 40 tahun.

2. Soalan pertama saya, apa masalah pajak tanah? Adakah Kerajaan tidak pernah memajak tanah? Sudah tentu kerajaan sentiasa memajak tanah kepada pihak swasta bagi tujuan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

3. Oleh kerana kita semua akan berhadapan pilihan raya, untuk menyemak kertas kabinet sepuluh tahun lalu akan mengambil masa dan membenarkan persepsi liar berlaku. Katakanlah Tan Sri betul, ada kertas kabinet untuk pajakan 40 ribu hektar tanah milik ATM selama 40 tahun.

4. Seperti tulisan Tan Sri, ia diluluskan oleh kabinet yang dianggotai oleh Tan Sri sendiri dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Turut dalam kabinet tersebut Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shapie Apdal.

5. Dalam surat yang ditulis, nyata Tan Sri sendiri tidak membantah penswastaan tersebut. Tan Sri hanya bertanya mengapa tiada pembabitan LTAT dan mengapa tiada tender atau sebut harga.

6. Jadi isu kepada Tan Sri pada masa tersebut ialah mengapa orang dan syarikat tersebut dapat. Sudah tentulah dalam kertas kabinet tersebut, jika ada kertas tersebut, telah menerangkan rasional pemilihan mereka.

7. Jadi ia tidak timbul sebarang isu keselamatan atau tanah ATM tergadai seperti yang cuba Tan Sri gambarkan beberapa hari lalu. Tan Sri sendiri hanya mempersoalkan siapa dapat dan berkenaan prosedur pemilihan bukan isu keselamatan atau hak MINDEF.

8. Jika benar ia diluluskan oleh Kabinet yang dipengerusikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi tanpa bantahan ahli kabinet lain maka ia menunjukkan semuanya dilakukan mengikut peraturan dan prosedur.

9. Jika mengikut kenyataan Tan Sri jelas semua butiran termasuk syarikat yang bakal menguruskannya didedahkan kepada Kabinet, maka apa yang menjadi kesalahan Najib Razak sehingga memerlukan Tan Sri menulis surat terbuka selepas sepuluh tahun dan menjelang pilihan raya umum?

10. Selebihnya, Tan Sri kena akui bahawa bahawa projek penswastaan, pemberian kontrak dan AP Kereta secara runding terus adalah kebiasaan sejak Dasar Penswastaan Negara diperkenalkan pada awal 80-an sehinggalah apabila Najib Razak mengambil alih, maka berlaku perubahan-perubahan penting yang mengurangkan gejala ini.

11. Penswastaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Lembaga Letrik Negara (LLN), IWK, HICOM, PERWAJA, PROTON, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan puluhan projek semasa Tan Sri menjadi ahli kabinet dilakukan secara langsung tanpa sebarang tender.

12. Pemberian langsung tanpa tender ini juga lumrah MITI di bawah pentadbiran Tan Sri. Adakah Tan Sri memanggil sebut harga apabila memberi 67,157 AP kereta impot kepada tiga orang iaitu Nasimuddin SM AMin, Syed Azman Syed Ibrahim dan Mohd Haniff Abdul Aziz?

13. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di MITI, Tan Sri meluluskan sebanyak 1.5 juta saham Leader Universal Holdings Bhd. Dan 4.1 juta saham FACB kepada menantu Tan Sri, Fazrin Azwar. Ini merupakan kes yang mempunyai bukti kukuh salah guna kuasa dan terdapat kertas siasatan yang mengesahkan ada “prima facie” untuk pendakwaan. Adakah Tan Sri mengikut prosedur?

14. Berbalik kepada kisah 40 ribu hektar tanah milik ATM yang kononnya dipajak kepada sebuah syarikat sahaja.

15. Jika ia benar dibincangkan, Tan Sri sudah menunjukkan sikap tidak profesional dan curang dengan mendedahkannya selepas lebih sepuluh tahun berlaku dan dalam keadaan negara berhadapan Pilihan raya umum.

16. Maka niat Tan Sri bukan untuk menambah baik pentadbiran kerajaan tetapi hanya untuk mewujudkan persespi dan kekacauan minda rakyat menjelang pilihan raya.

17. Tan Sri sendiri sudah tidak ingat siapa mereka ini, nama syarikat ini dan bila sebenarnya ia dibincangkan. Bukankah aneh Tan Sri boleh ingat butiran perbincangan termasuk kaedah dan keluasan tanah tetapi tidak nama tiga orang yang terbabit?

18. Ketidakpastian mengenai tarikh ini, nama tiga orang tersebut dan mengambil masa lebih 10 tahun untuk mendedahkan sudah cukup menunjukkan niat sebenar Tan Sri adalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

19. Apakah Tan Sri lupa parti ini bukan sahaja membantu berjuta rakyat Malaysia, tetapi juga meletakkan Tan Sri di puncak kuasa selama berpuluh tahun dan menjadikan keluarga Tan Sri kaya raya sama ada secara langsung dan tidak langsung?

20. Cukuplah Tan Sri, jika ada tuduhan rasuah sila buat laporan SPRM terlebih dahulu, bukan menyerang Barisan Nasional pada saat-saat akhir.

Berhentilah menjadi “jalang politik” yang memalukan di usia tua.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top