Nuffnang

JUDI DAN KONSESI : Bila Mukhriz Mahu Tampil Perjelaskan Tindakan Bapanya?


Saya merujuk kepada artikel di MalaysiaKini hari ini bertajuk “Where was Najib when toll deals signed, asks ex-NST editor” (“Di mana Najib ketika perjanjian tol ditandatangani, tanya bekas editor NST”) yang mana cuba menuding jari ke arah Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak sebagai terlibat dalam konsesi tol, yang kebanyakannya adalah berat sebelah, yang mana diberikan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau berkhidmat, atas sebab Najib juga merupakan anggota kabinet ketika itu.

Walaupun benar bahawa Najib telah menjadi menteri kabinet sejak 1980-an, selepas Mahathir melantiknya sebagai Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan pada tahun 1986 dan kemudiannya sebagai Menteri Pelajaran dan kemudian Menteri Pertahanan, beliau tidak pernah berada dalam Kementerian Kewangan di Kementerian Kerja Raya atau menjadi Menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Perjanjian konsesi tol biasanya dirundingkan di bawah EPU yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri dengan input dari Kementerian Kewangan – yang mana diketuai sendiri oleh Tun Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim dan Mahathir.

Sebagai contoh, konsesi permainan 20 tahun untuk pertaruhan sukan telah diberikan tanpa tender oleh Kementerian Kewangan pada bulan Jun 2003 – hanya empat bulan sebelum beliau bersara pada 31 Oktober 2003.

Menteri Kewangan dan Perdana Menteri pada masa itu adalah Tun Mahathir sendiri.

Oleh itu, lesen eksklusif ini telah dianugerahkan secara senyap-senyap oleh Mahathir kepada salah seorang rakan sekutunya yang paling rapat dengan harga murah pada RM25 juta tanpa pengetahuan kabinet.

Pada masa itu, eksekutif industri permainan Malaysia menganggarkan bahawa operasi pertaruhan sukan yang lumayan seperti itu, yang menawarkan pertaruhan untuk acara seperti pertandingan bola sepak tempatan dan asing serta perlumbaan kuda, boleh menjana pendapatan tahunan kira-kira RM1 bilion.

Wall Street Journal (WSJ) telah melaporkan tentang ini beberapa kali pada masa itu dan mengatakan bahawa pengganti Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kabinetnya hanya mengetahui bahawa lesen itu diberikan pada tahun berikutnya selepas Mahathir bersara.

Baca di sini: https://www.wsj.com/articles/SB109777782409745553

dan di sini: https://www.wsj.com/articles/SB109820947671649488

Memandangkan Tun Abdullah juga ada dalam kabinet pada tahun-tahun sebelum Tun Mahathir bersara, ini bermakna bahawa Tun Mahathir tidak membawa pemberian lesen ini kepada kabinet untuk perbincangan dan kelulusan.

Ini membuktikan bahawa kabinet tidak diberitahu langsung mengenai semua perjanjian konsesi semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Di bawah Perdana Menteri Abdullah dan Najib, pemegang lesen itu tidak pernah diberikan kelulusan untuk memulakan operasi.

Pada bulan Jun 2010, Tun Mahathir telah mengesahkan secara terbuka bahawa lesen seperti itu telah diberikan olehnya dan direkodkan sebagai berkata bahawa jika beliau masih Perdana Menteri beliau akan membenarkan pemegang lesen itu memulakan operasi atas alasan bahawa “orang Cina suka berjudi”.

Baca: Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa
https://www.malaysiakini.com/news/135359

Apa-apa pun, Tun Mahathir secara terbuka telah mengambil tanggungjawab terhadap perjanjian tol berat sebelah pada tahun 2007 apabila beliau dipetik sebagai berkata:

“Ini adalah salah satu perkara yang kita perlu betulkan. Apa yang ada adalah satu kabinet yang tidak begitu berpengetahuan setiap masa kerana ia bukan terdiri daripada pakar tetapi ahli politik (dan) sesetengah ahli politik seperti saya kadang-kadang boleh menjadi bodoh,” kata Tun Mahathir.
http://www.thesundaily.my/node/171646

Pemberian lesen perjudian 20 tahun secara senyap oleh Tun Mahathir kepada salah seorang rakan rapatnya membuktikan bahawa di bawah Tun Mahathir, tidak semua perjanjian konsesi yang diberikan oleh kerajaan dibincangkan dalam kabinet.

Terdapat juga keraguan sama ada kabinet juga diberitahu tentang keputusan oleh Kementerian Kewangan di bawah Tun Mahathir untuk menulis surat kepada Telekom Malaysia pada 7 Oktober 2003 (kurang dari dua bulan sebelum Mahathir bersara) untuk memberi kelulusan untuk Telekom Malaysia untuk menganugerahkan kontrak bekalan RM214.2 juta selama 3 tahun melalui rundingan terus ke Opcom Sdn Bhd di mana anak Mukhriz Mahathir adalah pemegang saham majoriti.

Mungkin Mukhriz mahu menjelaskan ini?

Tulisan asal oleh:
Eric See-To


Mencuci Masalah Tol Mahathir

Perjanjian awal yang dibuat antara kerajaan dan PLUS pada tahun 1988 dan akan tamat pada 2018, membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol setiap tahun.

Mahathir sedar kebodohan beliau lalu menyemak semula perjanjian ini pada 1999.


Dalam perjanjian baharu Mahathir mengulangi kebodohan lalu apabila membenarkan kenaikan setiap 3 tahun sekali pada kadar 10% setiap kenaikan di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Persekutuan, dan konsesi akan tamat pada 2030.

Rakyat tidak mampu bayar tol setinggi itu, kerajaan tidak mampu membayar pampasan ratusan juta setiap tahun jika kadar tol tidak dinaikkan. Pampasan tersebut pula pergi kepada orang tertentu sahaja.

Pada 2005, PM Abdullah Ahmad Badawi menambah konsesi tol lapan tahun lagi hingga 2038 bagi mengelak pembayaran pampasan apabila kerajaan tidak mahu membenarkan kenaikan tol seperti dalam perjanjian 1999.

Akhirnya pada 2011, PM Najib Razak mengarahkan KWSP dan UEM ambil alih PLUS. Ini bukan sahaia memudahkan rundingan tetapi juga memastikan jika kerajaan perlu bayar pampasan maka wang tersebut akan tetap menguntungkan rakyat terutamanya pencarum KWSP.

[Gambar: Janji palsu Mahathir bahawa tol akan dimansuhkan pada 2018. Pada 1999, Mahathir sendiri melanjutkan perjanjian sehingga 2030.]
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top