Heboh seantero Malaya akan dakwaan kononnya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia yang bertugas mengawal keselamatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditarik balik yang meraih simpati pelbagai pihak.
Majoriti mengecam, mengutuk dan mempertikaikan "langkah kerajaan" itu, namun dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata pihaknya masih mengekalkan anggota UTK bagi mengiring dan mengawal keselamatan Dr Mahathir termasuk di rumah.
“Mana ada UTK (ditarik), polis masih kekalkan anggota UTK (mengawal keselamatan) untuk Dr Mahathir,”katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dimuat naik Dr Mahathir di laman sosialnya kononnya anggota UTK yang ditugaskan untuk mengawal keselamatannya telah ditarik balik pada Rabu lepas.
Kenyataan dimuat naik bekas perdana menteri itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap tindakan itu keterlaluan…..- Bernama
Dengan penafian oleh Tan Sri IGP ini, timbul pula persoalan di fikiran. Apa sebenarnya yang Mahathir mahu? Bukankah ia memalukan bagi individu seperti Mahathir untuk menjaja cerita bohong seperti ini?
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....