Nuffnang

KENA CEKUP : Jamal Sekinchan Dan 7 Lelaki Ditahan PDRM


Wajar. Itu bukan cara kita. Bukan budaya kita. Dan kita tidak mahu perlakuan sebegini akan menjadi amalan baik kepada parti-parti pro BN mahupun pro bembangkang.

PENGERUSI Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan bersama tujuh lelaki lain, awal pagi ini.

Beliau ditahan di Sekinchan berhubung bantahan penganjuran ‘The Better Beer Festival 2017’ di depan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata mereka ditahan, pada 1.45 pagi.

Katanya, reman akan dipohon pagi ini di mahkamah Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan itu dilakukan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima laporan pengawal keselamatan SUK, petang semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menyertai perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 KK kerana menyebabkan kemudaratan awam disebabkan tingkah laku peserta perhimpunan,” katanya.

Dalam bantahan pada 10.15 pagi semalam, Jamal bersama sekumpulan lelaki membawa 10 kotak berisi botol arak yang mahu diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tanda bantahan terhadap pesta berkenaan.

Bagaimanapun, Jamal dihalang memasuki premis pentadbiran kerajaan negeri itu.

Ketika sidang media kemudiannya, mereka memecahkan botol berkenaan dengan menggunakan tukul di hadapan pintu pagar utama bangunan SUK.

Tindakan itu dibuat susulan kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang minggu depan boleh dibenarkan asalkan menepati syarat dan peraturan ditetapkan polis serta Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya kekal dengan pendirian tidak membenarkan penganjuran pesta itu ekoran wujud ancaman militan berkaitan acara berkenaan dan menasihatkan MPK tidak membenarkan penganjuran acara itu.

Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin pula mengakui pihaknya menangguhkan kelulusan permit sementara penganjuran pesta itu berikutan kegagalan penganjur mematuhi syarat ditetapkan antaranya kebenaran daripada pihak polis.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top