Nuffnang

HINA SULTAN : Pelajar Bakal Duduki STPM Ditahan Polis


Takde sakit, cari penyakit. Mendapat la kau....

Seorang pelajar tingkatan enam ditahan kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menerusi laman sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pelajar itu berumur 19 tahun dan bersekolah di Pagoh, Muar, Johor bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bulan depan.

“Suspek dikenakan tahanan reman selama tiga hari di hadapan majistret bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata tangkapan ke atas pelajar terbabit dibuat selepas pihak polis menerima enam laporan Sabtu lepas yang melibatkan kes menghina Sultan Nazrin yang tular di laman sosial.

Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya.

“Laporan daripada pengadu yang sedang melayari laman sosial mendapati satu laman Twitter yang dimiliki satu lelaki Melayu telah memuat naik komen yang mengandungi perkataan yang menghina Sultan Perak.

“Siasatan awal mendapati punca munculnya perkataan yang menghina itu adalah disebabkan perbalahan antara dua kumpulan bola sepak yang menular di laman sosial ‘Perak Power!’ dan ‘My Football Liga’ yang menyebabkan suspek mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya sehingga menghina Sultan Perak,”kata Hasnan.

Beliau berkata pihak polis berharap dengan tertangkap suspek, ia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil mudah dengan menggunakan laman sosial sebagai perantaraan untuk meluahkan perasaan, mencaci dan sebagainya sehingga menyebabkan aib. – BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top