Nuffnang

DEBAT : Dulu Dia "Jaguh", Sikalang Tony Pua Dah Hilang Telur!!!


Alasan ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, menolak tawaran debat bersama Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC), Datuk Eric See-To dengan alasan beliau merupakan blogger Lim Sian See (LSS) dilihat untuk menyelamatkan maruahnya daripada tercalar.

Wartawan veteran, Datuk Ahirudin Attan berkata, jika benar Eric dan LSS individu sama seperti dakwaan Tony, maka Eric telah melakukan kerja yang hebat ekoran blogger LSS membentangkan setiap hujahnya dengan baik dan fakta yang diberikan bukanlah fakta rekaan.

"Anda lihat sendiri, kebanyakan nama samaran di ruang siber banyak membuang masa. Kecuali LSS. Samaada anda bersetuju dengan beliau atau tidak, beliau tidak pernah merekacipta (fakta), beliau membentangkan fakta dan berpegang teguh kepada kebenaran, dan beliau berhujah dengan baik sekali terhadap lawannya," ujarnya.

Ahirudin atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tony menggelarkan Eric sebagai 'nobody' (bukan sesiapa) dan menolak tawaran debat berhubung isu skandal Terowong Pulau Pinang.

Tawaran debat Eric kepada Tony sebagai salah satu syarat untuk menerima cabaran debat berhubung isu ekonomi dan kutipan cukai bersama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Tegas Eric, Rafizi perlu memastikan kedua-dua debat berlangsung atau tiada debat langsung.

Rocky dalam pada itu turut mengulas mengenai kaedah sistematik LSS dalam menghuraikan hujahnya sepertimana blogger berkenaan membidas kenyataan 'boss' Tony Pua, Lim Kit Siang kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberkasnya bila-bila masa berhubung dakwaan menerima rasuah RM1 bilion daripada Tun Dr Mahathir.

LSS menerusi respon terhadap Kit Siang menjelaskan bahawa, dana diterima Kit Siang dianggap sebagai derma politik daripada Dr Mahathir dan memandangkan pembangkang tidak mahu undang-undang berkaitan derma politik diwartakan, maka SPRM tidak mempunyai bidang kuasa terhadap derma tersebut.

"Ianya dianggap sebagai rasuah jika dana tersebut daripada dana awam atau daripada syarikat awam," jelas LSS.

Jelas Rocky, begitu juga sepertimana LSS membidas dakwaan-dakwaan lain termasuk isu Hospital Sri Aman, Sarawak; isu kenaikan tarif air Pulau Pinang dan pelancaran Pakatan Harapan Johor - blogger berkenaan memberikan fakta tanpa memutarbelitkan isu sebenar.

Maka tidak hairanlah sekiranya Tony mengelak daripada untuk menerima tawaran debat bersama Eric kerana takut dicalarkan imej oleh blogger bernama LSS.

"Berterusan dan sistematik, individu bernama LSS ini mungkin penulis media sosial paling merbahaya bagi DAP hari ini. Dan ianya menjadikan (Eric) See-To sebagai 'bukan sesiapa' yang terhebat," katanya.

- mD
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top