Nuffnang

TRAGEDI TAHFIZ : Persoalan Semakin Dapat Dirungkaikan Dengan Penahanan 7 Individu


Tujuh remaja, termasuk lima suspek utama dipercayai ditahan polis bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin.

Daripada tujuh yang ditahan, lima dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 16 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sumber berkata, penahanan dibuat hasil pemeriksaan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat yang menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan.

"Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

"Mereka dipercayai menggunakan minyak petrol itu untuk membakar pusat tahfiz berkenaan," katanya ketika ditemui oleh pihak Berita Harian, sebentar tadi.

Sumber itu berkata, suspek kemudian dipercayai menceroboh masuk pusat tahfiz, dengan membawa naik tong gas, tilam ke tingkat tiga.

"Mereka juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam dan menghalakan muncung tong gas ke arah pintu bilik asrama pelajar dan guru sebelum membakar minyak petrol," katanya.

Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif sebenar kejadian.

Menurut Berita Harian, mereka difahamkan, pagi tadi beberapa pengakuan dibuat oleh suspek terbabit semasa mereka ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.

Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap. Semua mangsa berusia antara enam hingga 16 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak menafikan berhubung tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, semua persoalan itu akan dijawab pada sidang media yang akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pagi esok. — Berita Harian
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top