Nuffnang

BULI LAGI : Video Pelajar Sekolah Diperlakukan Seperti Alat Mainan!!!


Lagi kes buli yang membabitkan pelajar sekolah yang tular di media sosial baru-baru ini selepas video rakaman tersebut di muat naik di laman media sosial.

Kes buli tersebut membabitkan seorang pelajar lelaki yang di buli oleh sekumpulan pelajar yang merupakan rakan sekolahnya .

Kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar kawasan sekolah iaitu di dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil.

Rakaman video yang berdurasi 1 minit 51 saat tersebut yang telah dirakamkan oleh rakan pembuli itu sendiri menunjukkan keadaan mangsa yang ketika itu mengenakan pakaian sukan telah digoncang kepalanya serta ditendang beberapa kali di bahagian tangan manakala kepalanya ditekup dengan menggunakan tong sampah.

Rakaman tersebut juga menunjukkan mangsa telah ditendang beberapa kali di bahagian tangan, belakang badan, kepala serta mukanya telah ditonyoj dengan menggunakan penyapu.

Melalui video tersebut jelas menunjukkan keadaan mangsa yang tidak mampu berbuat apa-apa apatah lagi mahu melawan tindakan sekumpulan pembuli tersebut dan ketika itu kelihatan mangsa yang hanya mampu menangis serta mempertahankan diri daripada terus menjadi bahan jenaka.

Namun begitu masih belum dapat dikenal pasti lagi sama ada video tersebut merupakan video kejadian yang baru berlaku atau pun yang telah lama berlaku serta maklumat terperinci mengenainya masih belum lagi diperolehi.

Para netizen meminta kepada pihak berkuasa agar menyiasat kejadian tersebut serta mengenakan hukuman yang sepatutnya terhadap murid-murid yang terlibat dalam melakukan kegiatan buli berkenaan.

Malah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang merupakan Menteri pendidikan juga bersetuju agar jika pelajar yang terlibat dalam kegiatan buli tersebut di buang sekolah kerana menurutnya hukuman yang sedia ada tidak mampu membendung gejala buli yang semakin menjadi-jadi.

Tindakan tersebut dikatakan mampu membendung kejadan buli yang semakin parah di luar sana namun malangnya tindakan tersebut tidak dapat di ambil kerana peraturan yang sedia ada tidak membenarkannya dilaksanakan.


BB KATA : Setuju sangat tindakan AMAT KERAS perlu diambil bagi memberi peringatan baik kepada pelajar mahupun ibu bapa bahawa perbuatan buli amat TIDAK DITERIMA!!!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top