Nuffnang

TIPU DAYA AMERIKA : Tuduh Pengganas Tapi Jual 36 Jet Pejuang Kepada Qatar!!!


Sungguh licik. Satu dunia diperdaya Amerika dengan kenyataan bahawa Qatar sebuah negara "pengganas". Sehinggakan negara arab yang berpengaruh seperti Arab Saudi pun mengenakan sekatan ke atas Qatar. 

Tapi perkembangan terbaru ini pastinya menimbulkan tanda tanya di kalangan negara-negara yang turut mengenakan sekatan ke atas Qatar.

Qatar menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) untuk membeli jet pejuang F-15 pada AS$12 bilion.

Perjanjian itu selesai walaupun Presiden AS, Donald Trump mengkritik negara Teluk itu kerana menyokong keganasan.

Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis dan wakil dari Qatar dijadual bertemu pada Rabu untuk memeterai perjanjian itu, menurut satu sumber yang berkaitan perjanjian itu dipetik memberitahu Reuters.

Bloomberg juga melaporkan perjanjian yang termeterai itu meliputi pembelian 36 jet.

Jualan ini akan meningkatkan kerjasama keselamatan dan teknologi maklumat antara AS dan Qatar, kata Pentagon.

Mattis dan Menteri Hal Ehwal Pertahanan Qatar, Dr Khalid Mohammad Al-Attiyah juga berbincang berkenaan status terkini operasi terhadap IS dan memberi tumpuan kepada usaha meredakan ketegangan yang semakin meruncing di kalangan negara Teluk, kata Pentagon.

Pada November, Amerika Syarikat meluluskan penjualan sehingga 72 pesawat F-15QA ke Qatar pada harga AS$21.1 bilion.

Boeing Co adalah kontraktor utama dalam jualan jet pejuang ke negara Timur Tengah.

Boeing enggan mengulas berkenaan perkara ini.

Trump pada Jumaat menuduh Qatar menjadi penaja “pengganas peringkat tinggi” yang berpotensi menghalang usaha Jabatan Negara AS untuk meredakan ketegangan dan sekatan ke atas negara Teluk tersebut oleh negara Arab dan lain.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top