Nuffnang

DERHAKA : Akhirnya Sivarasa Minta Maaf!!!


Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sudah memohon maaf kepada Sultan Selangor dalam suratnya untuk menjelaskan kehadirannya di sebuah masjid pada 24 Mei lalu yang didakwa melanggar arahan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Adalah jelas saya telah mengingkari arahan ini dengan ucapan ringkas saya di dalam Masjid An-Nur di Kg Melayu Subang,” katanya hari ini.

Pemimpin PKR itu dikritik beberapa kumpulan pro-Umno yang mendakwa beliau menyampaikan ucapan berbaur politik di Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang.

Susulan itu, Sultan Selangor menyelar Sivarasa dengan berkata beliau “melampaui batas” kerana melanggar arahan kepada ahli politik supaya tidak menggunakan pentas masjid.

“Teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan, Ahli Parlimen Subang Sivarasa, ‘you have crossed the line!’,” Sultan Sharafuddin dilaporkan berkata pada 2 Jun.

Sivarasa dalam suratnya kepada istana mengulangi penafiannya dengan berkata beliau tidak menyampaikan ceramah politik.

Bagaimanapun, susulan ucapan Sultan Selangor itu, beliau mengakui mengingkari arahan itu.

“Justeru, di dalam surat saya itu, saya telah memohon maaf kepada Tuanku di atas kesilapan saya ini,” kata Sivarasa.

Beberapa gambar kehadiran Sivarasa sedang berucap di dalam masjid tersebar sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa NGO pro-kerajaan.

Mereka turut menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), untuk mengenakan tindakan dengan alasan Sivarasa memperlekehkan agama Islam.

Ia disusuli siasatan Jais terhadap pengurusan masjid berkenaan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top