Nuffnang

HINDRAF : MAZA Terima Ugutan Jenayah


Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menjarakkan diri mereka daripada individu yang ditangkap polis kerana didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook.

Ini susulan laporan Bernama yang melaporkan catatan itu kerana rasa tidak puas hati terhadap sokongan yang ditunjukkan Asri kepada penceramah kontroversi dari India, Zakir Naik.

Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy berkata Hindraf menolak tindakan jenayah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap mufti Perlis.

“Seorang lelaki tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah tetapi kalau orang itu sudah melakukan apa yang polis katakan itu, maka itu perbuatan yang salah,” katanya.

“Saya menolak sebarang hutang darah dibayar darah. Hanya kerana mufti Perlis mengatakan sesuatu yang buruk, tidak bermakna orang lain perlu membalasnya dengan perkataan yang buruk.”

Walaupun laporan Bernama tidak menyatakan bangsa atau agama individu itu, Waythamoorthy menggesa semua penganut Hindu supaya bersabar.

“Saya menggesa semua penganut Hindu supaya bertenang dan menahan diri daripada memuatnaik sebarang catatan yang tidak wajar sementara polis menangani isu ini.

“Kedua-dua isu Zakir Naik dan mufti Perlis menyebabkan perasaan keresahan dan sakit hati dalam kalangan penganut semua agama di Malaysia tetapi kita (Hindraf) mengendalikan isu ini secara profesional.”

Hindraf merupakan gerakan yang lantang mengkritik Zakir dan Asri.
Share this article

2 Komen:

  1. Waythamoooooorti=Rayer=pukimak cilaka

    BalasPadam
  2. Pan tak nak pertahan maza ke? Kot bimbang tak dpt undi.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top