Nuffnang

VIDEO FITNAH!!! Tony Pua Disiasat Bukit Aman


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini disoal polis berkaitan klip video selama 2 minit yang disiarkan secara langsung di Facebooknya pada 6 April lalu.

Pua ditemani peguamnya, Lim Lip Eng tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi ini sebelum polis membawa beliau ke pejabatnya di Damansara Utama untuk mengambil telefon bimbit.

Lim berkata, polis menahan Pua lebih sejam dan dimaklumkan beliau akan ditahan sehingga menyerahkan telefon bimbitnya.

Klip video bertajuk “BN abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill” dimuat naik ke Facebook Pua.

Tetapi, Lim berkata, disebabkan ia disiarkan secara langsung, rakaman klip video itu tidak disimpan dalam telefon bimbit Pua.

“Mungkin (klip itu) di dalam pelayan Facebook. Mungkin di Singapura atau Amerika Syarikat. (Tetapi) tiada apa-apa dalam telefon bimbitnya sebaik sahaja rakaman itu tamat.”

Lim yang juga ahli Parlimen Segambut berkata, Pua disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan Jenayah Fitnah yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun, jika sabit kesalahan.

Katanya, polis enggan mendedahkan identiti orang yang membuat laporan polis terhadap Pua.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap Pua, 2 minggu selepas pemimpin DAP itu enggan memohon maaf berhubung video yang dimuat naik sejurus selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usulnya untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Dewan Rakyat.

Najib berkata, video itu berniat jahat dan bertujuan memfitnahnya. Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta injunksi bagi menghalang Pua atau ejennya menyiarkan kenyataan lain.

Pua kemudian memberitahu wartawan, telefon bimbitnya diambil sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard polis.
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top