Nuffnang

DISERBU SPRM : Teresa Kok Mula "Kepanasan"


Akhirnya apa yang ditunggu-tunggu telah berlaku. Pejabat ahli Parlimen Seputeh daripada DAP diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, dipercayai susulan dakwaan salah guna dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
Serbuan itu disahkan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin, yang memberitahu bahawa serbuan di pejabat Kok di Kuchai Lama, Kuala Lumpur itu bertujuan menakutkan pemimpin pembangkang Selangor.

Katanya, ini disebabkan semua dokumen asal berkaitan Yawas dan akaunnya, kini ada di pejabat tanah dan daerah.

“Jika SPRM mahukan dokumen dan akaun Yawas, mereka patut perlu ke pejabat tanah. Kami cuma ada salinan akaun.

“Jelas mereka datang ke pejabat Kok untuk takutkan kami, bukan untuk jalankan tugas mereka. Jika mereka benar-benar buat kerja, mereka patut pergi ke pejabat tanah.

“Saya rasa perkara ini hanya hendak membesarkan isu,” katanya.

Serbuan itu susulan beberapa laporan polis dibuat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung dana Yawas terhadap Kok dan Yeo.

Jamal menuduh mereka menyeleweng dana Yawas menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sejak 2008.

P/s : Pigidah... kalau tak takut kenapa harus melenting dan menyalak salahkan orang? Kau ingat SPRM tu bodoh ke sebelum buat serbuat tak buat risikan terlebih dahulu? Lebih-lebih lagi isu ini agak lama berlarutan. Pasti korang pun dah hapus atau sembunyikan dokumen-dokumen yang berkaitan kan?
Share this article

4 Komen:

  1. SPRM hanya jalankan tugasnya. Kok dan Yeo berilah kerjasama, bukan marah2. Sportingla....kamu tu kononnya bagus.

    BalasPadam
  2. Bila serbu berkaitan kerajaan... SPRM bagus... bila kena kt diorg.. SPRM alat kerajaan nk menjatuhkn pembangkang... puii la.. kalau tak salah buat pe takut.. simple

    BalasPadam
  3. Siapa yg marah2..buka dia buat kenyataan akhbar ke tu? Kult timun betul la blog nih

    BalasPadam
  4. Sprm jalankan tugas. Tak perlu komen atau kritik. Jika benar tak perlu bising.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top