Nuffnang

1MDB : Tindakan Husam Dan Mathias Chang Memalukan - Azalina


“Tindakan mereka juga dilakukan atas tujuan politik dan mereka terburu-buru di dalam perkara ini semata-mata untuk mendapat publisiti dengan menyalahgunakan mahkamah,” katanya.

Justru itu katanya, Justifikasi Adun PAN Salor itu menggugurkan saman ‘class action’ atau ‘tindakan kelas’ di Amerika Syarikat tidak dapat diterima.
Tindakan Datuk Husam Musa dan peguam Mathias Chang memfailkan saman tindakan kelas terhadap syarikat dan individu yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan serta pengubahan wang haram membabitkan 1MDB yang mahu dirampas oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, berniat jahat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata, kedua-dua mereka bukan sahaja cuba untuk memalukan Malaysia, malah tindakan mereka boleh dilihat sebagai kurang faham akan prosedur mahkamah dan keperluan asas bagi pemfailan ‘Class Action’.

“Alasan Husam di dalam kenyataannya bertarikh 24 September 2016, di mana beliau menyatakan bahawa penarikan balik saman itu dibuat bertujuan untuk menyesuaikan saman tersebut ekoran beberapa perkembangan-perkembangan terkini, adalah tidak dapat diterima.

“Sekiranya terdapat sebarang keperluan untuk membuat penambahan fakta, ianya boleh dilakukan tanpa menggugurkan tindakan menerusi prosedur permohonan tambahan,” kata Azalina dalam satu kenyataan.

Azalina berkata tindakan mereka Jumaat lalu menunjukkan saman itu adalah “berniat jahat” dan untuk “meraih publisiti murahan” dan juga penyalahgunaan terhadap proses mahkamah.

Husam berkata saman itu dugugurkan dengan mengambil rundingan DOJ dengan pengeluar Red Granite Pictures, untuk mengetepikan keuntungan masa depan dari filem Wolf of Wall Street, yang didakwa dibiayai menggunakan wang 1MDB.

Bagaimanapun, beliau berkata beliau perlu mengumpul maklumat lanjut daripada peguam, manakala Chang memberi jaminan bahawa kedua-dua mereka tahu apa yang mereka lakukan.

DOJ pada Ogos lalu memfailkan tindakan undang-undang untuk menyita dan merampas aset lebih AS$1 bilion yang dipercayai diselewengkan daripada 1MDB.

Mereka yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu termasuk pengasas Red Granite yang juga adalah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Riza Aziz, – ahli perniagaan Malaysia, Jho Low dan bekas pegawai kanan Abu Dhabi, Mohamed Badawy al-Husseiny dan Khadem al-Qubaisi.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top