Nuffnang

VIDEO TARIAN GELEK : Puteri UMNO Mohon Maaf


Apa punya persembahan daa..... berlaku pula di Kelantan. Tak nak komen lebih-lebih nanti ramai pula yang "melatah" dan "melompat". Satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi dalam majlis politik seperti ini.
Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu Wan Salmiah Wan Abd Ghani memohon maaf berhubung video tarian gelek pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Puteri UMNO bahagian itu yang viral pada Sabtu.

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Puteri UMNO Kelantan Marshela Ali menyifatkan tindakan memohon maaf itu menunjukkan Wan Salmiah berjiwa besar dengan mengakui kesilapan dan menerima teguran.

Jumaat lalu, tarian gelek tersebut dipersembahkan di hadapan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Rahman, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Fatmi Che Salleh dan Ketua Wanita Bahagian Kota Bharu, Madihah Abdul Aziz.

Dalam video yang tersebar di media sosial, kelihatan empat wanita bertudung lengkap dengan hiasan pinggul ala penari Arab menari penuh lenggok sambil diperhati oleh hadirin:

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkongsi gambar di laman Facebook rasminya yang memaparkan persembahan silat semasa perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Pasir Puteh pada Jumaat.

“Tidak salah kalau ada elemen untuk perkenal budaya warisan kita seperti zapin, ghazal, caklempong, berpantun, silat dan sebagainya (bukannya tarian gelek) agar tidak dilupa oleh orang muda,” pesan Ermieyati dalam kiriman Facebook itu.-Awani

Share this article

4 Komen:

  1. ni nak komen ker simpati?.....pelapis kerajaan akan datang?

    BalasPadam
  2. Sape punya idea lah ni.

    BalasPadam
  3. itulah kalau tak faham aurat sebenar! tutup atas goyang bawah! memalukan! Islam ikut-ikutan!

    BalasPadam
  4. Memang gitulah puteri umno.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top