Kesibukan sebagai seorang Timbalan Menteri tidak menghalang YB Dato Henry Sum Agong untuk "turun padang" bagi melihat sendiri harga barangan yang ditawarkan di pasar-pasar awam.
Menurut Ahli Parlimen Lawas itu, harga barangan di Myfarm sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya.
Harga produk pertanian yang dipasarkan di Myfarm Outlet adalah lebih murah berbanding di tempat lain menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu.
“Memang lebih murah berbanding tempat-tempat lain, mempersediakan harga-harga barang tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.
“Mereka turut memberi kemudahan kepada penduduk untuk buat pilihan sama ada mahu yang mahal atau murah,” katanya selepas lawatan di Myfarm Outlet pagi tadi.
Tambah beliau lagi, lawatan akan dilakukan untuk memastikan masalah kenaikan harga dapat dicegah dan berharap penguna terus membuat aduan kepada kementerian sekiranya berlaku masalah kenaikan harga barang.
“Lawatan ini akan dilakukan setiap masa untuk memastikan harga barang tidak dinaikkan sewenang-wenangnya,” ujarnya.
“Jika harga naik pegawai kita akan ambil tindakan dan kita juga galakkan pengguna buat aduan terus kepada pejabat kita,”katanya. – SuaraTV
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....